''Hatiku sanggup mati ditolak insani namun bukan Ilahi. Jiwaku sanggup kosong tanpa kasih insani namu bukan Ilahi. Marilah kita bersama-sama menggapai kasih Ilahi''.

Saturday 22 September 2012

Jangan berduka sayang.

Jikalau tak suka tak apa
Tapi janganlah kau mengata
Sudah menjadi adat di dunia
Ada rupa dan berharta orang suka.

Jikalau tak suka tak apa
Biarlah aku mengundur diri
Mungkin kau rasa aku tak sepadan
Dengan dirimu.

Ku sedar diri ini
Aku hanyalah insan biasa
Tapi aku ada harga diri

Walaupun terguris hati ini
Hingga menitis airmata
Namun semuanya tak bererti
Bagimu.

Waktu orang suka semuanya indah
Waktu dah tak suka oh ada ada saja
Sukarnya nak ku temui
Cinta yang sejati dan bahagia.

Jikalau orang tak suka tak apa
Tuhan masih menyayangiku
Moga suatu hari akan tiba
Jodoh buatku dengan insan
Yang ikhlas cintanya.


Cinta, jodoh, pertemuan, ajal dan maut semuanya sudah ditentukan oleh Allah untuk kita. Jangan bimbang jika suatu masa cintamu tidak terbalas, kerana yakinlah ada cinta yang telah tertulis buatmu. Jangan berduka sayang.




Thursday 20 September 2012

Tidak ku pinta sakit ini.

Bismillahirrahmanirrahim..


Mak, adik tak mintak sakit macam ni. Kalau adik boleh pilih, adik pon taknak sakit mak. Tapi nak buat macam mana, sakit ni Allah yang bagi. Mungkin Allah nak uji adik. Sakit ni datang balik mak. Memang adik belajar bersungguh sungguh mak, tapi adik tak pernah belajar sampai stress. Kenapa kak nini cakap adik belajar sampai stress sebab tu adik sakit balik? Tak mak. Adik tak stress. Kalau sakit tu nak datang, macam mana adik nak elak? Adik manusia biasa jugak. Tak lepas dari kelemahan. Kaknini dengan Kaknana marah adik mak. Adik menyusahkan ke? Adik rindu mak. Mak, adik nak balik sekolah. Adik taknak duduk rumah. Walaupun kat sekolah tu takde keluarga sekalipun, adik tetap nak balik sekolah.

Mak, adik tak degil. Adik tak keras kepala. Tapi kenapa semua cakap adik macam tu. Sepanjang hidup adik, tak pernah mintak apa-apa dari diorang. Cuba kali ni adik mintak, fahamlah adik. Adik bukan sengaje nak sakit. Adik tak mintak pon sakit ni. Kalau boleh, hari-hari adik nak sihat. Tetapi ni kan dugaan dari Allah? Siapa adik nak menolak ketentuan Tuhan?

Kakak, Abang..
Adik mintak maaf kalau selama ini adik banyak menyusahkan. Lebih-lebih lagi lepas mak dan ayah pergi.
Tetapi adik janji. Lepas adik habis sekolah, adik takkan susahkan korang lagi. Adik mintak maaf sebab kadang-kadang adik tak dengar cakap. Adik bukan apa, cuma nak korang faham, adik bukan budak kecik lagi. Adik tahu jaga diri.

Kakak, abang..
Terima kasih sebab jaga adik lepas mak dengam ayah takde. Adik bersyukur sangat ada kakak dan abang macam korang. Terima kasih.

Adik tak mintak sakit ni. Lepas ni, adik akan cuba kuat untuk lawan sakit ni. Adik akan bantu diri adik sendiri supaya tak sakit lagi.


Maaf sekiranya aku menyusahkan kalian.
Maaf sekiranya sering buat kalian bimbang.
Maaf sekiranya aku selalu buat kalian terluka.
Maaf sekiranya aku tidak mendengar kata.

Terima kasih kerana menjaga aku.
Terima kasih kerana tahan akan sikapku.
Terima kasih kerana beri keperluan yang cukup buatku.

Aku sangat menghargainya. Terima kasih. Aku sayang kalian, kakak dan abangku.

Jangan biarkan diri terus terleka.

Hati tidak menentu tika mata
teruji dengan senyuman yang manis.
Cuba dan terus mencuba agar
dapat menghilangkan debaran yang
terasa.. Namun sukar.

Selalu berdoa agar rasa yang
tercipta bukan untuknya.
Cukuplah sekadar mainan perasaan.
Tetapi,
semakin mencuba untuk menghindari
semakin ia datang menghampiri.

Rela aku pendamkan impian yang tersimpan
engganku keasyikan dengan kasih insani.
Kerana aku takut keindahannya akan
merampas rasa cinta pada Dia yang selayaknya.

Tidak mudah meminta kasih pada hambaNya.
Tetapi mudah untuk terleka dengan belaian cinta.
Tidak mungkin kita mampu gapai kasih keduanya
dengan kasih yang sama.
Tidak sanggup hadapi kemurkaanNya.

Biarkan rasa kasih yang tercipta
dihitung oleh Dia yang lebih sempurna.
Semoga dalam hitungan Dia redha
dengan setiap pengorbanan.