''Hatiku sanggup mati ditolak insani namun bukan Ilahi. Jiwaku sanggup kosong tanpa kasih insani namu bukan Ilahi. Marilah kita bersama-sama menggapai kasih Ilahi''.

Thursday, 27 December 2012

Kotak Kelabu Tetap Menjadi Ingatan






Jabat tanganku, mungkin untuk yang terakhir kali
Kita berbincang tentang memori di masa itu
Peluk tubuhku usapkan juga air mataku
Kita terharu seakan tiada bertemu lagi

Bersenang-senanglah
Karna hari ini yang akan kita rindukan
Di hari nanti sebuah kisah klasik untuk masa depan
Bersenang-senanglah
Karna waktu ini yang akan kita banggakan di hari tua


Sampai jumpa kawanku
Semoga kita selalu
Menjadi sebuah kisah klasik untuk masa depan
Sampai jumpa kawanku
Semoga kita selalu
Menjadi sebuah kisah klasik untuk masa depan

Bersenang-senanglah
Karna hari ini yang akan kita rindukan
Di hari nanti…


Mungkin diriku masih ingin bersama kalian
Mungkin jiwaku masih haus sanjungan kalian 


Saya bukanlah pandai nak sentimental. Ehh yeke? Haha. Hanya sesiapa yang kenal diri ini saja tahu bagaimana saya. Sentimental ke? Hahaha. Sudah terlalu banyak kehilangan saya lalui dalam hidup ini. Cuma kali ini,  tidak dinafikan hati terasa sayu, sebab mungkin saya tidak akan kembali lagi di kotak yang penuh barakah, penjara yang penuh pengajaran, IQKL, tempat saya menimba ilmu, tempat saya bertemu mutiara - mutiara yang hebat dan berharga, tempat saya membina ukhuwwah, mengharungi segala kepayahan, menjadi lebih dewasa dan matang, belajar untuk menerima dan menolak sesuatu, belajar mengasihi dan dikasihi, diterima dan dibenci, pengalaman dalam pengkhiatan dan juga kesetiaan, dan segala macam perasaan. Disinilah tempat saya belajar menguatkan diri, menguatkan ketabahan hati dengan dugaan yang datang. Disini juga saya membina talian ukhuwwah yang sejati.

Dalam kehidupan manusia datang dan pergi. Dalam hidup saya juga, ada orang yang datang dan pergi sesuka hati. Tetapi saya masih menerimanya bila - bila masa dia kembali. Ada juga ortang juga kerana kesilapan diri sendiri, menjauhkan diri dan terus hilang dari kehidupan saya. Ada juga yang kekal, dan berjanji menjadi sahabat hingga ke syurga.

IQKL bukan sekadar nama. Sebuah kotak yang penuh dengan ilmu, bukan dunia malah akhirat juga. IQKL bagaikan satu tempat dalam syurga. Penghuninya biarpun ada segelintir yang lalai, alpa dan leka. Namun ada ramai yang tetap tunduk pada Ilahi, sujud menghadapNya. Aku sungguh bertuah kerana aku menjadi penghuninya walaupun hanya 5 tahun. Namun itu cukup mengajar aku tentang hakikat kehidupan. Tentang hakikat Tuhan Rabbul 'Izzati. Tentang persahabatan kerana Ilahi. Tentang perkongsian tanpa dengki. Tentang perjuangan hingga akhir hayat. Tentang pemberian tanpa balasan. Tentang keihklasan dalam kehidupan. Sungguh banyak yang aku pelajari. Terima Kasih kerana beri aku kesempatan mendewasakan diri disini, IQKL. Tidak akan ku lupa jasamu.

Aku yakin kita bakal bertemu lagi. Kerana diri ini juga tidak sanggup melangkah pergi tanpa menoleh kepadamu kembali. Kesatkan airmata dan jangan menangis.

Terima kasih kepada sahabat yang juga telah bersama-samaku hingga tamat perjuangan ku di sini. Semoga kita ketemu lagi dalam lembaran yang baru, wajah yang baru, diri yang baru, akhlak yang lebih indah, personaliti yang lebih terpuji. Namun pada ukhuwwah yang satu, yang sekian lama terbina. Mohon maaf kepada sahabat-sahabat seandainya sepanjang perkenalan kita ada salah silap yang aku lakukan. Mohon maaf. Especially to my 95 generation! :D

Ini sahaja untuk kali ini. Ada masa akan aku post yang baru. Hahaha. Sampai bertemu lagi! Peace yo! Assalamualaikum :)





We are 95 generation!

Bismilahirrahmanirrahimm..

Institut Quran Kuala Lumpur yang kini sudah menjadi Sekolah Menengah Islam IQKL. Tapi kalau nak kira panggilan famous, IQKL jee. Hahaha. Disini tercipta kenangan yang sungguh indah. Kami belajar al-quran bersama. Kami ketawa bersama. Kami bersedih bersama. Kini pengajian kami tamat. 2012 tahun terakhir kami meninggalkan kisah suka dan duka disini. Tidak terucap kenangan yang tercipta. Hanya gambar mampu merungkai segalanya. Di sebalik setiap gambar ada cerita. Muahaha!




BBQ 2012





 Suka tidur dalam kelas = Kamal


Operasi membasuh kereta cikgu





 Kiri: Syakir. Kanan: Muamar



 Katanya kepala taiko. Hahaha.



 Ikmal dan suhail



 Ikhwan Nasir ( Bekas pelajar )



 Bergurau senda perkara biasa.


Syuhada dan Laila



 Gigih Acap basuh kereta. Hahaha.



 Muaz, ikhwan dan siddiq.





 3 Asim 2010


 3 Asim 2010




 Zaid kan? Ingat-ingat lupa. Hehehe.



 Gigih belajar. Calon SPM. Acap, Faris dan Kamal


 Bekas pelajar : Alif Mursyid



 Farahin ;)


 Majlis Khatam Hassan & Fadhilah








Ni aku taktahu tahun bila daa.




 Kerek? Poyo? Bajet? Hahaha. Huffaz nih. Lalalala.


 Hassan, Adzhar & Baim


 PMR 2010


Alololo manjanya Suhail dengan Faris. Hahahaha.






Tamat SPM ! 




Kami memang penuh dengan kasih sayang. Hahaha.






Farahin & Ihsan :)


Siddiq & Hasbi


 Bismillah.. Ameen.. Jeha.


Kamilah pelajar Biology Tingkatan 5 2012













Mereka terlalu gembira. Hanya mampu diucap dengan memanjat pokok.





 Penolong Ketua Pelajar 2012.


3 Nafi'. Tapi aku taktahu kenapa Sulhi sesat kat situ.


 Ikmal & Muaz





 Acap & Muamar




Bekas pelajar.

Semoga persahabatan kami kekal hingga ke akhirnya. Hahaha rajin-rajin lah contact sesama kita ya. Bak kata Ilham "Apalah sangat duit dibandingkan dengan nilai persahabatan". Hahaha. Sahutlah kata-kata Ilham.
Maaf gambar latest aku takde. Semua taknak upload. Jadi ni kira gambar zaman kanak-kanak riang lah. Hehehe. Tapi sama je, tak berubah mana pun.

KAMILAH 95 GENERATION !!


IQKL THE BEST !! :)