''Hatiku sanggup mati ditolak insani namun bukan Ilahi. Jiwaku sanggup kosong tanpa kasih insani namu bukan Ilahi. Marilah kita bersama-sama menggapai kasih Ilahi''.

Tuesday 12 March 2013

Terima kasih Allah.

Bismillahirahmanirrahimm.

Alhamdulillah masih lagi diberi peluang untuk berkongsi cerita. Masih lagi diberi idea untuk dikongsi bersama. Masih lagi diberi ruang untuk muhasabah diri. Entri kali ini cuma ingin memanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga.

Buat Ayah..

Ayah, adik dapat belajar agama seperti mana yang Ayah harapkan sebelum ayah pergi. Adik dapat laksanakan hajat Ayah dengan baik. Alhamdulillah Ayah. Sekarang Adik dah habis sekolah. Adik sekolah kat KL. Wuu jauhkan? Nama sekolah Institut Quran Kuala Lumpur atau IQKL. Haaa, kalau Ayah ada lagi masa Adik sekolah situ mesti Ayah selalu jenguk Adik kan? Ayah suka adik sekolah macam tu kan? Sekarang barulah Adik tahu kenapa Ayah beria sangat nak Adik belajar agama. Adik tahu dah. InshaAllah yah, apa yang Adik belajar kat situ Adik amalkan. Berkat doa Ayah jugak. Kerana Ayah jugak Adik dapat ilmu yang tak pernah Adik sangka Adik akan dapat. Haaa lagi satu Ayah ! Adik hafal quran, haaa doakan Adik ! Nak khatam dah ni. InshaAllah. Doakan adik tauu. Hehehe.

Buat Mak..

Mak, terima kasih kerana jaga Adik dengan baik walaupun terpaksa sendirian lepas Ayah pergi. Mak, terima kasih sebab hantar Adik kat sekolah tu. Walaupun mak jarang jenguk Adik, Adik faham. Jauh kan? Duit pon takde nak jenguk. Takpe mak. Kat sekolah tu best. Kalau Adik tak sekolah kat situ, tak tahu lah apa jadi dengan Adik sekarang. Alhamdulillah mak. Kat sana Adik belajar macam- macam. Semua baik- baik kat sana. Haa, adik nak khatam ni. Mak doakan Adik tauu. Jangan lupa doakan Adik tauu. Hehehe.

Institut Quran Kuala Lumpur. Namanya memang agak kurang diketahui. Tetapi manusia di dalamnya penuh dengan ilmu, penuh dengan budi, penuh dengan muhasabah diri. Di situ aku mula kenal erti kehidupan sebenar. Di situ aku mula mengerti apa tujuan hidup yang hakiki. Disitu aku mula mengetahui apa sebabnya kita dijadikan oleh Ilahi. Sekolah itu banyak mengajar aku.Aku diajar menjadi seorang yang tabah apabila aku kehilangan insan tersayang. Menjadi seorang yang kuat bila dihina, dicaci, dibenci. Sekolah itu banyak mendewasakan aku. Sungguh bermakna buatku. Aku datang dengan tangan kosong, tetapi aku pulang dengan ilmu disisi. InshaAllah apa yang aku dapat disana, akan aku amalkan. InshaAllah.

Mak dan Ayah..

Walaupun kalian tiada lagi di dunia ini, Adik tak pernah putus harapan. Tidak pernah sesekali putus asa. Adik tahu Mak dan Ayah nak tengok Adik berjaya. Adik akan berusaha. Semoga Mak dan Ayah bahagia disana. Dijauhkan dari azab kubur dan azab api neraka. Doa Adik sentiasa mengiringi Mak dan Ayah. Al- Fatihah.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. ku tersangat sangat bersyukur dengan apa yang aku ada selama ini. Dengan apa yang aku belajar selama ini. Terima kasih Allah kerana beri aku peluang itu. Peluang yang tidak semua orang boleg rasainya. Terima kasih Allah. Terima kasih Allah. Syukur ya Allah. Terima kasih Allah. Alhamdulillah.

Wednesday 6 March 2013

Rindu yang menarikan jariku.

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah aku masih lagi diberi pinjam nyawa untuk terus hidup di muka bumi ini. Alhamdulillah. Terima kasih Allah. Subhanallah. Alhamdulillah. Lailaha illallah. Allahu akbar. Segala puji bagiMu. Syukur padaMu. Tiada tuhan selain Allah. Allah Maha Besar.



Entri kali ini aku sendiri keliru untuk apa. Aku cuma. Cuma terlalu rindu pada Mak. Aku terlalu rindu pada Ayah. Aku rindu pada mereka. Aku rindu untuk ketawa bersama mereka. Aku rindu dimarahi mereka. Aku rindu telatah mereka. Aku rindu semuanya.

Aku kehilangan keduanya mungkin pada usia yang muda, pada usia yang aku sendiri tidak pernah sangkakan. Pada waktu aku sendiri masih memerlukan. Pada saat aku sendiri masih kehijauan. Tetapi aku yakin dengan janji Allah, kerana janjiNya tidak pernah salah. Aku yakin semua yang berlaku ada hikmahnya.

Hari berganti hari aku lalui kehidupan dengan tabah. Disamping kakak- kakak dan abang- abang yang menyayangi aku. Aku kuat. Cuma tidak selamanya aku kuat. Tidak selalunya aku akan sentiasa kuat. Ada ketikanya aku lemah. Ada masanya aku jatuh. Ada masanya aku kecundang.

Adakalanya rindu itu datang dengan tiba- tiba. Tidak diundang, tetapi ia datang dengan sendiri. Saat itu aku tidak kuat untuk menahan segala rasa rindu. Aku tidak mampu untuk menolak rasa itu. Aku terlalu rindu. Rindu pada mereka. Rindu pada Mak yang melahirkan. Rindu pada Ayah yang menjagaku. Aku terlalu rindu Mak dan Ayah.

Kehilangan mereka yang terlalu awal, membuat aku berfikir sejenak. Apa jasa yang aku taburkan pada mereka? Apa kebanggaan yang aku pernah bagi pada mereka? Apa kebahagiaan yang pernah aku bagi pada mereka? Seorang anak yang dengar katakah aku? Seorang anak yang baikkah aku? Seorang anak yang solehahkah aku? Aku meninggalkan semua persoalan itu tanpa jawapan dibenakku. Sememangnya sudah terlambat untuk aku sadari semua itu. Ayah dan Mak sudah tiada. Yang ada hanya memori bersama mereka.

Dulu Mak susah mencari wang menjual kuih untuk sekolahkan kami semua. Dulu Ayah susah ke hulu ke hilir kerja untuk biaya kehidupan kami sekeluarga. Hidup mereka susah. Sampai hayatnya tidak dapat merasa kesenangan. Aku terkilan itu. Aku terkilan kerana sampai nyawanya tiada, mereka masih tidak dapat merasa kesenangan.

Seandainyaa Mak dan Ayah masih ada... Tapi aku yakin itu cuma akan menjadi mimpi buat aku. Semoga Mak dan Ayah aman bahagia disana. Semoga Mak dan Ayah sejahtera rohnya disana. Ku titipkan doa dan salam rindu buat mereka.


Ya Allah 
Rindu ini sakit untuk aku.
Rindu ini sangat seksa buat diriku.
Rindu ini sangat melemahkan aku.

Aku mohon padaMu ya Allah,
Lenyapkanlah rindu ini.
Hilangkanlah rindu ini.
Musnahkanlah rindu ini.

Bukan bermakna aku tidak mahu mengingati mereka.
Cuma aku tidak mampu menahan peritnya sakit rindu ini.
Mereka tetap Mak dan Ayahku dunia akhirat.
Mereka tetap ada dalam hatiku buat selamanya.





Kau telah jauh, jauh dariku. Namun harus ku akui ada ketika di minda kau menjelma kembali. Sungguh aku rindu. Dan kadangkala aku terkenang dirimu.

Kepada mereka yang masih mempunyai ibu dan ayah. Buat sesuatu supaya mereka bangga dengan kamu. Buat sesuatu supaya mereka bahagia. Buat sesuatu supaya mereka tidak bersedih. Buat sesuatu supaya mereka tersenyum selalu. Jangan biar terlambat. Peluang kita ada cuma sekali. Ingat, ada sekali je. Kalau ibu ayah kita dah takde, sapa nak jadi ibu ayah kita lagi? Haaa. renung renungkan dan selamat beramal.

Mak dan Ayah,
Impian Mak dan Ayah takkan adik biarkan terkubur. InshaAllah, adik buat sebaik mungkin. Doakan adik. Adik sayang Mak dan Ayah. Sampai bila- bila. 

Al- Fatihah.