''Hatiku sanggup mati ditolak insani namun bukan Ilahi. Jiwaku sanggup kosong tanpa kasih insani namu bukan Ilahi. Marilah kita bersama-sama menggapai kasih Ilahi''.

Wednesday 17 July 2013

Ukhuwwah

Bismillah Ar- rahman Ar- rahim ..

Apa yang membuat ukhuwwah itu indah?
Pengorbanan. Tanpa pengorbanan, kita tidak namakan hubungan itu satu ukhuwwah.

Bukan semua orang faham berkenaan ukhuwwah. Ya, kita sayang sahabat kita. Tetapi, apakah sahabat kita itu faham makna ukhuwwah seperti yang kita faham? Kalau kita faham bahawa ukhuwwah tertinggi ialah itsar, ( melebihkan sahabat dari diri sendiri ) dan ukhuwwah yang terendah adalah berlapang dada, apakah sahabat kita faham perkara yang sama? Kalau sahabat kita faham, apakah dia akan kuat untuk menggerakkan kefahamannya dalam amalan?

Ya.. Jangan harapkan apa apa daripada sahabat kita.
Ya.. Kita perlu korbankan masa kita untuk sahabat kita.

Kita korbankan ruang jiwa kita untuk sahabat kita.
Kita korbankan harta kita untuk sahabat kita.
Kita korbankan apa sahaja. Semuanya untuk ukhuwwah kita.

Ukhuwwah dibina atas dasar keimanan. Daripada keimanan berbuah keikhlasan. Keikhlasan ini membuatkan kita mengasihi sahabat kita tanpa meminta balasan apa- apa.

Jadilah sahabat untuk orang lain, dan jangan sesekali kita tuntut orang lain menjadi sahabat kita.

- Hilal Asyraf



Wednesday 10 July 2013

Ramadhan Kareem

Bismillahirrahmanirrahim ..

Alhamdulillah, masih lagi diberi kesempatan untuk mengeluarkan entri terbaru. Eceh! Hahaha. Alhamdulillah. Sedar tak sedar kita dah pun berada dalam bulan ramadhan, bulan yang penuh barakah, bulan yang penuh keistimewaan. Alhamdulillah ya Allah.

Semoga bulan yang barakah ini, kita dapat grab semua peluang yang ada. Kelebihan malam lailatul qadar, kelebihan bertadarus dan banyak lagi. Haaaa semoga ia menjadi satu latihan untuk kita menjadi orang yang bertaqwa.

Firman Allah swt :

      يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

Maksudnya : Wahai orang- orang beriman, telah diwajibkan puasa ke atas kamu sepertimana telah diwajibkan ke atas orang- orang sebelum kamu, supaya kamu bertaqwa.

Akhir ayat Allah swt menyebut :

             لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

Allah telah berfirman, " semoga kamu bertaqwa ". Tetapi terpulang pada kita bagaimana untuk melaksanakannya. Apa kita mahu melaksanakan tanggungjawab ini semata mata untuk menahan lapar dan dahaga atau kita lakukan tanggungjawab puasa ini sebagai satu platform untuk kita menjadi orang yang bertaqwa. 

Jika kita sedar nikmatnya bulan Ramadhan itu, kita tidak akan mengeluh. Jika kita sedar indahnya Ramadhan itu, kita akan berusaha sebaik mungkin untuk mendapat ganjaran pahala. Jika kita sedar hakikat ramadhan sebenar, kita akan beribadat seolah olah ini Ramadhan terakhir kita.

Bilamana Ramadhan itu datang, akan tutuplah semua pintu neraka dan dibukakan pintu syurga. Syaitan juga akan diikat. Jadi masa nilah, kita berusaha menjadi lebih baik. Mendekatkan diri kepada Allah. Tapi janganlah bulan ni je, bila kita dah berubah menjadi yang lebih baik, kita teruskanlah. Sampai habis nyawa. Semoga kita semua menjadi lebih baik. Ameen.

Bulan Ramadhan juga kita renew diri kita semua sebagai hamba. Tapi ingat, kita bukan hamba Ramadhan, kita hamba Allah. Ramadhan cuma madrasah.  - budaktomato -

  • Ramadhan is like a rare flower, that blossoms once a year, and just as you begin to smell its fragrance, it disappears for another year. Make the most of it now while you still have the chance, for the harvesting season is here and it won't last. 
  • Ramadhan is the time of great blessing

Ahlan wasahlan ya Ramadhan ! Walk humbly, talk politely, dress neatly, treat kindly, pray attentively, donate generously, may Allah bless and protect us ! :D

* Semoga kita dapat menjalani ibadah puasa hingga ke akhirnya. Ameen ya rabb.
* Berpuasa lillahi ta3ala

RAMADHAN KAREEM EVERYONE! ;D