''Hatiku sanggup mati ditolak insani namun bukan Ilahi. Jiwaku sanggup kosong tanpa kasih insani namu bukan Ilahi. Marilah kita bersama-sama menggapai kasih Ilahi''.

Tuesday, 28 August 2012

Dia :')

Bismillahirrahmanirrahimm.


Untuk adik..


Pertemuan antara kita terlalu singkat
Dalam pendeknya pertemuan itu
Kau berjaya menjadi antara insan
Yang teristimewa dihati aku.

Aku tidak pandai bermadah kata
Tidak pula pandai bermanis bicara
Tetapi yang aku tahu
Aku tidak pernah lelah dalam menyayangimu.

Ya Allah, 
Engkau pertemukan aku dengannya.
Engkau suburkan sayang aku terhadapnya
Engkau tanamkan rasa rinduku padanya.

Makanya ya Allah,
Engkau kekalkan hubungan kami
Hingga ke syurgaMu
Cuma itu aku pinta


Sayang,
Jadikan pergaduhan kita satu kenangan 
Yang bisa kau kenang suatu hati nanti
Jadikan ketawa dan airmata kita
Sebagai nostalgia kau di hari kelak.

Ya Allah,
Seandainya Engkau uji kami dengan kesetiaan
Tabahkan dan tetapkanlah hati kami dengan rasa sayang ini.
Seandainya aku mendahuluinya dalam pertemuan denganMu,
Engkau pesankan padanya.
Aku disini menyayangi, merindui dan mengasihinya.


Semua yang aku lakukan kerana aku sayang padamu.
Semua yang aku lakukan hanya mahukan yang terbaik untukmu.
Andai terguris hati dengan tingkahku, maafkanlah.
Aku hanya insan biasa. Hanya mampu berserah.

Aku sayang kau kerana Tuhanku.
Aku tahu kenapa DIA menghantar kau untuk aku.


Akak mintak maaf jika ada salah silap. Ini yang mampu Akak lakukan. Mungkin terkadang bibir terlepas dalam menutur bicara. Cuba Akak mohon pengertian dari Adik.

Akak sayang Adik :')


*MAAF. Saya ter'EMO' pulak malam ni.*




Sunday, 26 August 2012

Balqis Fatini Mohamad Nasser.

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, setelah sekian lama menyepi aku kini kembali menarikan jari jemari ini.
Aku mengemas rumah. Terjumpa satu surat daripada Balqis. Suratnya berbunyi :

MANA ADA :/

Mana ada Akak suka sakitkan hati Balqis.
Mana ada Akak suka buat Balqis nangis. Balqis nangis sebab Balqis sayang Akak.
Mana ada Akak suka marah Balqis.
Mana ada Akak suka cakap kasar dengan Balqis. Dah biasa dah.
Mana ada Akak suka buat Balqis jealous. Balqis sedar, bukan Balqis sorang je boleh buat Akak happy.
Mana ada Akak suka tinggalkan Balqis sorang. Balqis faham, kalau Akak tinggalkan Balqis mesti ada sebab.


Akak, Balqis dah biasa dah dengan terluka terluka ni. Takpe. Tak kisah ..
I think this is my bestest year and I wanna spend it with you. Akak.


Mana ada Akak tak layak. Adik sayang Akak.
Mana ada Akak jahat. Balqis tak pernah fikir macamtu.


Look at the bright side, Akak.

Akaklah yang pujuk Balqis kalau Balqis sedih.
Akaklah yang teman Balqis kalau Balqis sorang-sorang.
Akaklah yang ajar Balqis kalau Balqis tak tahu apa-apa.
Akaklah yang happykan Balqis kalau Balqis nangis.
Akaklah yang tolong Balqis kalau Balqis sakit.


YOU'RE MY EVERYTHING.
Balqis sayang Akak.


Balqis yang kena mintak maaf.
Balqis mintak maaf kalau buat Akak nangis.
Balqis mintak maaf kalau buat Akak sakit.
Balqis mintak maaf tak dapat tolong Akak masa Akak pengsan semalam.
Balqis tak sanggup tengok Akak sakit.


KAKAK, Balqis sayang Akak. Lepas Akak baca ni, kita 0-0 eh.
Happy balik taw.


                                                                                                 p/s : Janganlah tidur lepas Asar.
                                                                                                        Janji k?


-SELESAI-


Itulah bunyi surat tersebut. Jadi kalau korang baca, mestilah dapat agak apa isi surat yang aku bagi kat dia sebelum tu kan? HAHA. Bila kenang balik, lawak pon ada. Hailaaa -.-


To my dearest sister, 
Balqis Fatini Mohamad Nasser,
Akak sayang awak :)


Yang tudung biru tu, adik saya :)


Allah utuskan dia bersebab.
Kini aku tahu hikmahnya.
Aku sayang dia kerana Allah.
Semoga ukhuwwah aku & dia hingga ke syurga.


Sekian.