''Hatiku sanggup mati ditolak insani namun bukan Ilahi. Jiwaku sanggup kosong tanpa kasih insani namu bukan Ilahi. Marilah kita bersama-sama menggapai kasih Ilahi''.

Monday 22 April 2013

Mesir? Dapat! Alhamdulillah ;D

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum. Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana dengan kasih sayangNya aku masih lagi bernyawa, bertahan di atas muka bumi yang penuh liku liku ini. Alhamdulillah. Entri kali ini sangat membahagiakan aku. Ya Allah bahagianya tak terkata. Demi Allah, aku menangis menerima berita gembira ini.

Dulu aku pernah kecewa dengan keputusan SPM yang aku dapat lebih kurang sebulan dua yang lepas. Sangat kecewa. Sering menyendiri. Terasa pedih sungguh apabila menerima keputusan. Hanya Allah yang tahu betapa jatuhnya aku saat itu. Betapa kecewanya aku tika itu.

Tapi itu semua dulu. Sebelum hadirnya kata- kata semangat dari keluarga, sahabat, guru- guru. Kata- kata mereka :


  • Tak semua yang kita inginkan dalam dunia ni, kita akan dapat
  • Allah beri apa yang kita perlu bukan apa yang kita mahu
  • Sekali gagal tidak selamanya kita gagal
  • Rezeki ada di mana mana, cuma kita kena berusaha
  • Jangan merintih, itu yang kita dapat itulah yang terbaik
  • Banyak lagi peluang yang ada kat luar tu
  • Jangan kecewa sangat
  • Walau kita gagal, tapi ingat kita masih ada Quran, pertahankan!

Alhamdulillah. Sedikit sebanyak hati aku terubat. Terubat dari kekecewaan. Walaupun tak banyak, tapi adalah terubat sikit. Lainnya aku serah pada Allah. Aku bersyukur kerana diberi keluarga, sahabat dan guru guru yang sangat memahami. Yang sangat mengambil berat. Alhamdulillah atas kurniaan ini.

Khamis lepas, aku menerima surat tawaran belajar di Mesir. Ya Allah gembiranya hati tidak terkata. Masa tu aku tengah belajar kereta ( 5 bulan ambil lesen tak habis habis lagi ), tetiba sorang pakcik ni call cakaplah dapat tawaran belajar kat Mesir tu. Tapi time tu tak dengar sangat. Aku pon okaylah ( sebab tak dengar apa dia cakap ) nanti saya call balik. Waktu rehat tu aku pon call lah pakcik tu, cakap lah blablablabla malas nak cerita. Yang aku ingat dia kata " Awak dapat tawaran ke Mesir untuk ijazah sarjana muda pergigian dan surgeri di universiti al azhar". Ya Tuhaaan, masa tu hanya Allah yang tahu betapa gembiranya hati aku. Sungguh bahagia. Sungguh gembira tak terkata. Sampai menitis airmata emasku. Hahaha. 

Aku menangis. Tapi taklah semangat sangat. Cuma menangis kegembiraan. Akhirnya apa yang aku inginkan tercapai. Doa doa aku, doa doa korang, doa doa kalian, doa doa mereka, doa doa dia, doa doa kita termakbul. Ameen ya Allah. Aku sangat bersyukur.

Orang pertama yang aku bagitahu aku dapat ni, si Laila. Aku taktahu lah kenapa kena bagitahu dia. Padahal mahal tu satu msg nak hantar ke Abu Dhabi sana. Hahaha. Tapi dia balas. Ayat dia, pehhh nak menyentap sanubari. Aku taknak lah tulis kat sini. Nanti dia malu. Hahaha nak tahu? Jab.

MASHAALLAH! Alhamdulillah Baity! Rezeki kau :') jadi medic ke dentistry? Seronoknya! Aku nak mintak parents aku pergi egypt lepak dengan kau lah nanti. Haa. Ayah aku kata aku dah besar, boleh travel sorang haha syoknyaaa! Aku happy gilak jugak! Seronok aku! Hahahaha aku bahagia untuk kau sekali! Aku baru je tanya5 kat ustaz kat azhar kalau result kau nak masuk boleh ke tak, dye kata boleh, dye baru nak tolong tapi kau dah dapat dulu. Alhamdulillah! Aku sayang kau tahap gilak!!! <33333

Itulah msg si Laila. Aku tak tahu kenapa aku menangis bila msg ni. Nak kata sentap, sikit tu adalah. Tapi aku nak menangis semangat sangat tu tak tahu kenapa. Terbawak bawak yang menangis kegembiraan tadi tu kot. Hahahaha tapi msg ni aku tak balas. Sebab kredit takda. Lupa nak topup -__- Hahaha. Si Laila ni macam, macam apa ahh nak kata? Aku sendiri taktahu nak kata apa. Hahaha tapi ilham mungkin tahu nak kata apa. Kbai.

Sekarang masih dalam proses berbincang dengan adik beradik makcik pakcik sepupu sepapat adik angkat abang angkat semua dulu. Mak Ayah takda. Kalau diorang masih ada, mesti diorang happy dapat tahu aku dapat belajar kat Mesir. Aku jamin seratus peratus. Tapi nak buat cemana, Allah lebih sayangkan mereka. Mak Ayah, bilamana kaki adik jejak di bumi barakah itu. Adik janji Adik akan berusaha sehabis baik. Adik akan ubah nasib keluarga. Itu janji Adik. Okay. Stop crying. Tulah. Dalam proses ni nampak macam dah ada greenlight untuk aku pergi sana. Semoga dipermudahkan urusan untuk pergi ke sana. InshaAllah ada rezeki aku kat sana. Kalau tak masakan surat tawaran tu sampai. InshaAllah semoga ameen ya Allah. Hanya padaMu aku berserah. Ameen ya Allah. InshaAllah. Kalian doakan saya. Walaupun tak banyak, i mean tak ramai. Tapi doa serta keikhlasan itu yang aku harapkan. Semoga kalian yang mendoakan, diberkati oleh Allah. InshaAllah. Terima kasih kerana mendoakan.

Itulah yang aku nak ceritakan. Berita yang sangat menggembirakan hati aku. Dapat tawaran melanjutkan pelajaran di Mesir. Impian yang selama ni memang aku nak sangat- sangat. Telah dimakbulkan Allah. Terima kasih Allah. Tak ternilai nikmat yang Engkau berikan. Alhamdulillah.

Selepas hujan, Allah akan hadirkan pelangi.

" Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal ia baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui " - Albaqarah ayat 216 -

Setiap ujian ada hikmah disebaliknya. Cuma tidak tahu bila hikmahnya kita akan nampak. Jangan biarkan hati mudah merasa kecewa.

Aturan Allah tidak pernah sia- sia. Menjadi manusia pilihan Allah sudah cukup menggembirakan hatiku. Alhamdulillah.

Alhamdulillah. Setakat ini sahaja entri untuk kali ini. Jika ada kelapangan, kesempatan inshaAllah entri seterusnya akan muncul. InshaAllah. Terima kasih atas doanya. Terima kasih atas sokongannya. Terima kasih atas dorongannya. Terima kasih atas semangatnya. Terima kasih atas pertolongannya. Terima kasih.

p/s : Aku sayang KakNana, KakNini, Papa, Akil, Abang Ijab, Abang Adi.
p/s : Lagi aku sayang sangat Mak dan Ayah, abang Deqwan.

Assalamualaikum.










Tuesday 16 April 2013

Oyeah kembali beraksi ;D

Bismillah.

Assalamualaikum. Haaaa iman kelam kabut sikit sekarang ni. Hati juga huru hara terlampau sekarang ni. Tak tahulah apa nak jadi dengan aku ni. Hahahaha. Terlalu banyak fikir gini lah ghupenye.

Aku tak berapa sihat sikit sekarang ni. Tapi. Tapi hahaha sempat lagi nak update blog kan. Lalala. Semalam pengsan. Macam biasalah. Sakit datang balik. Haihhh. Ehh ish. Tak baik mengeluh. Alhamdulillah, sekarang okay sikit. Tapi kepala aku ngok ngek lagi and kaki aku sakit gila akibat semalam. Nak jalan pon macam orang injured main bola dah. Senget sini senget sana. Okay apesal aku cerita? Bukan ada orang kesah pun. Hahaha

Alhamdulillah sekarang better. Cuma aku perlukan semangat. Eceehhhh! Hahahaha dan aku perlu kuatkan semangat aku sendiri. And aku tak boleh bebanyak fikir dah sekarang. Watlek wat peace jerr. Hahhaha.

Kepada Laila,

 Aku tahu kau rindu aku. Muahahaha. Kau nak tipu orang lain takpe. Tapi kau tak mampu tipu diri sendiri. Hahahaha. Aku okay je woih. Kau takyah nak risau sangat. Memanglah kengkadang tuu ada ja down sikit, tapi ni Baity derrr. Rileks jeee. Hahaha. Tu lah kau pon satu, sape suruh duduk kat Abu Dhabi jauh nun disana tuu, kan susah nak contact. Lain kali kalau nak bawak diri pon janganlah sampai ke luar negara. Dah lupa asal usul ke? Hahahahaha. Okay Mokk, kirim salam kat family.

Kepada Adik,

Haaaa memana lah adik adik yang terasa tu kan. Hahahaha akak okay je. Sikit kecewa. Hahahahaha. Jabs. Teringat text yang sempat bagi Adik sebelum aku sakit. Bunyinya gini.
" Hello, I'm exist k. I hate being ignored. Especially by you. You're ignoring me when you have someone special. Bleghh. Hahahaha baii."
Hahahaha macam hape je. Sarkastik sungguhlah. Hahahaha. Adik, akak okay. Tak marah pun. Sila terasa ya wahai adik. Dah bai. I love you 12345678910 sayang.

Sejak dah okay sikit ni, kemain lagi ye aku ni. Hahaha sekali sekala. Haaaaa doakan aku dapat pergi Mesir yawww. Aku dah taktahan duduk sini. Takpun doakan aku supaya cepat cepat dapat sambung belajar. Hahaha taktahan noqq. Okaylah. Cukup aku mengarut. Semoga anda baik baik belaka sihat sejahtera aman sentosa hendaknya. Assalamualaikum ;D

p/s : tengah menaip tadi, Laila hantar message dari AD. Hahaha.
p/s : masih lagi mencari ilham yang gempak gempak
p/s : bakal mengeluarkan single terbaru tak lama lagi.

Monday 8 April 2013

Mesir Mesir Mesir ;D

Bismillah ..

Assalamualaikum. Setelah sekian lama menyepi, membersih hati, merawat luka, mengubati kecewa, kini aku kembali. Kembali dengan semangat yang baru. Kembali dengan melupakan apa yang berlaku dulu. Kembali dengan iman, hati, dan jiwa yang baru.

Alhamdulillah. Allah beri peluang kepada aku untuk meng'update' bloG. Err tak bestnya ayat, Okay abaikan.
Deyyy -.-

Okay. Entri kali ni nak cerita keinginan aku yang sangat aku nak. Yang sangat aku nak capai. Yang sangat aku nak laksanakan. Ahhh ape ni. Ayat tak menarik ahh malam ni.

Aku teringin sangat nak pergi Mesir. Sangat sangat. Dengar cerita KakHanis, KakHajar, dengan KakYana macam best gilaa. Ya Allah, nak sangat further study kat sana. Dengar kata kata mereka, melihat tingkah mereka, aku rasa aku juga kena pergi belajar sana. Untuk menguatkan lagi iman yang huru hara ni. Untuk menguatkan lagi hati yang berbolak balik ni. Untuk menguatkan lagi jiwa yang mudah berkecai ni.

Aku dapat rasakan kat sana, mesti tenang sungguh. Mesti besttttttt gilaaaaaaaa. Okay, nak sangat belajar sana. Tapi result saya cantik sangat nak apply untuk sambung belajar kat sana. Lagi satu hal, mana den nak caghik duet oiii? Kayo bona den nih nak biayo sumo? Hahaha mahal sungguh lah kos belajar kat sana. Susah sikit ahhh part kewangan ni.

Ahh abaikan kewangan. Yang penting, aku nak belajar sana. Nak sangaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaat. Jadi, usaha aku untuk itu adalah..... apply TIGA PERMOHONAN BERLAINAN AGENSI TAHU? Hahahhaa semoga Allah permudahkan niat aku. Nak sangat menjejakkan kaki di bumi yang penuh barakah tu. Sangat sangat.

Yang baca ni, tolong doakan niat aku sampai ke akhirnya. Inshaaa Allah inshaa Allah inshaa Allah ameen ya Allah. Semoga Allah perkenankan. Buat lah solat hajat untuk kita ya. Hehehe. Kita hendaklah membantu antara satu sama lain. Siang malam tak putus doa nak sambung belajar sana. Semoga Allah berikan yang terbaik. Inshaa Allah.

Okay dah. Macam entah apa apa kan entri kali ni. Tapi tulah yang aku fikir dari lepas result SPM keluar haritu. Mesir. Mesir. Mesir. Wahhh, terbayang suasana mesir yang penuh padang pasir. Wahhh, terbayang untaa. Wahh terbayang pak arab. Wahhh terbayang semuanya.

Ya Allah, semoga impianku tercapai. Semoga niatku kerana Allah. Semoga dipermudahkan segalanya. Ameen inshaAllah.

" Niat itu mengikat hati kita dengan Allah "

SEMOGA TIDAK MUDAH KECEWA ANDAI IMPIAN TIDAK TERCAPAI. SEMOGA ALLAH PERMUDAHKAN SEGALANYA. AMEEN. INSHAA ALLAH.

p/s : Adik adik kakak, kakak sayang awak.

Assalamualaikum.