''Hatiku sanggup mati ditolak insani namun bukan Ilahi. Jiwaku sanggup kosong tanpa kasih insani namu bukan Ilahi. Marilah kita bersama-sama menggapai kasih Ilahi''.

Friday, 11 January 2013

Semangat kembali membara. InshaAllah.


Assalamualaikum.

Entri kali ini, saya sendiri tidak tahu apa maknanya. Tetapi ia sangat menyentuh hati. Terlalu rindu akan ketenangan. Terlalu rindu akan keimanan yang terjaga. Terlalu rindu akan suasana agama.

Diri terasa kekurangan. Tidak tahu kenapa. Nak kata lemah, tidak. Nak kata kuat, tidak jugak. Tidaktahu mengapa hati ini, terasa iman semakin kurang. Terasa jiwa semakin kosong. Terasa diri semakin hilang arah. Di sebalik perasaan ini, timbullah kerinduaan yang teramat kepada IQKL, markas aku menimba ilmu. Penuh ketenangan. Berdampingan dengan Al-quran. Sungguh aku rindukan IQKL.

Aku perlu baiki diri menjadi lebih baik. Aku perlu perbaharui iman menjadi lebih kuat. Aku perlu membersihkan jiwa supaya menjadi lebih kental. Aku perlu semua itu. Dengan kehadiran semangat itu, aku mendapat kata-kata semangat dari kakak-kakak seniorku.

Dari Kak Farah Liyana :


Erm, awak kalau rasa something wrong dalam diri. Cuba duduk balik. Duduk sorang-sorang atas sejadah, fikir balik matlamat hidup kita. Hidup kat dunia sekejab sangat, kalau boleh jangan kita menyesal di kemudian hari. Kita cakap ni untuk diri kita jugak. Kita selalu rasa kosong. Yelah duduk jauh dengan family, kat situ timbul satu perasaan dimana kebergantungan kita dengan Allah sangat tinggi. Kadang- kadang bila dah lama kita tak diuji kita jadi lalai. Sampai satu tahap tu kita rasa, eh dah lama aku tak nangis depan Allah. Tu maknanya hati kita bermasalah. Pastu kita bermuhasabah balik. Banyakkan istighfar. Kalau naik lrt ke atau tengah duduk-duduk tu selawat and istighfar banyak- banyak. Mintak Allah jaga iman kita. Allah maha membolak balikkan hati hamba- hambaNya, kita sebagai hamba ni kena banyak berdoa supaya Allah jaga hati kita betul- betul. Kita tak tahu berapa lama kita hidup dan dalam keadaan apa kita mati. Jadi berdoalah :') surah al- baqarah ayat 186 tak silap : 

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ ۖ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ ۖ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ

Maksudnya kalau tak silap macam ni, mintalah apa sahaja daripadaKu nescaya Ku akan kabulkan permintaan orang- orang yang meminta.

Itulah kata- kata semangat dari Kak Yana. Sangat membantu. Sangat menambahkan semangat.


Dari Kak Hanis :

Bersyukur sangat jadi awak. Sebab Allah bagi awak perasaan tu. Tak semua orang Allah bagi rasa tercari- cari. Allah sedang memandang awak :) Selama ni cuti, quran macam mana? Baitye. Hati tu satu benda yang terlalu lembut. Bila mana sekeping hati punya nilai keimanan. Itu tempat pertama yang disentuh Allah. Disitu Dia meletakkan cintaNya. Terasa jauh dariNya itu rahmat. Kesan dari iman yang ada pada hati. Bersyukur kerana iman masih mampu bersuara. Tanggungjawab diri adalah kuatkan iman. Agar iman menjadi raja. Pada hati. Pada diri. Hati yang lembut mudah rosak jika dihidangkan dengan kelalaian. Disitu iman yang ada hilang keyakinan. Bicara iman tidak lagi mampu didengari. Dan akhirnya hati itu menjadi sakit. Siksa. Menderita. Dan tempiasnya pada dirimu. Rasa tidak berdaya. Hilang punca dan arah. Sebelum iman hilang, tarbiyah hati. Hati yang ada pada awak sekarang, hati yang haus. Perlu pada Allah. Hati itu ingin diisi dengan tarbiyah.
5 penawar bagi hati ..

1. Qiamulail
2. Kerap berpuasa
3. Tilawah alquran fahami maksudnya
4. Zikrullah yang berpanjangan
5. Berkumpul dengan orang soleh.

Segalanya terletak pada diri sendiri. Kita tahu tak mudah bagi awak. Dalam bi'ah yang kian hilang. Tapi kita yakin. Allah tahu. Dia tahu jiwa awak sakit. Dia tahu hati awak terseksa. Dia tahu iman awak terluka. Allah tunggu awak. Tunggu awak kembali pada Dia. Tak ada sebab untuk awak tolak kasih sayang yang Allah bagi. Pautlah pada cintaNya. Awak tidak akan resah. Walau sengsara sarat dalam jiwa.


Itulah kata- kata semangat dari Kak Hanis. Sangat tersentuh. Mengalir airmata membacanya. Semoga kata- kata itu membuatkan aku semakin kuat untuk berusaha. InsyaAllah.

Dapat kata- kata semangat dari kakak- kakak ni, terasa ingin sekali menjejak kaki kesana.Mereka di bumi Anbiya', di Mesir. Aku berharap sangat untuk ke sana. Ke bumi yang penuh barakah. Ke bumi yang penuh suasana agama. Mungkin untuk menguatkan iman dan ketabahan diri. InsyaAllah, andai rezeki aku disana, aku akan ke sana. InsyaAllah. Terima kasih KakYana dan KakHanis sanggup luangkan masa walaupun sedang imtihan. Sangat berterima kasih. Terima kasih sangat- sangat. Syukran ya ukhtis :) 

Dalam hidup kita tidak boleh selalu mengharapkan kebahagiaan. Kadang- kadang kesedihan, kelukaan, penderitaan itu perlu. Untuk menguatkan diri kita. Untuk mematangkan pemikiran kita. Untuk kalian, juga diriku. Apabila kita keresahan kembalilah mencari kasihNya. Kasih Allah. Kasih yang tidak akan mengecewakan kita. InsyaAllah. Usaha kita. Kesungguhan kita. Keazaman kita. Pasti kita berjaya meraihnya. Pasti kita berjaya. InsyaAllah. Marilah kita bersama- sama mencari kasihNya. Bukan pada waktu hati kita kekosongan, malah sentiasa. Sentiasa mencari dan terus mencari. Kebergantungan pada Allah harus tinggi kata KakYana. InsyaAllah. Moga iman mampu diperbaharui. 

Kepada mereka yang terasa lemah apabila ingin berubah, ingatlah. Ramai yang akan mendorong kita. Ramai yang akan menyokong kita. Ramai yang akan membantu kita. Seperti juga aku. Berubahlah ke arah kebaikan. Perbaiki diri. Perbaharui iman. Bersihkan jiwa. InsyaAllah. Allah pandang usaha kita. Minta pada Allah. Dia pasti mendengar permintaan kita semua. InsyaAllah.

Setakat ini sahaja entri kali ini. Semoga bermanfaat untuk semua. InsyaAllah. Selamat memperbaharui iman anda. Allah tunggu kita ! :)