''Hatiku sanggup mati ditolak insani namun bukan Ilahi. Jiwaku sanggup kosong tanpa kasih insani namu bukan Ilahi. Marilah kita bersama-sama menggapai kasih Ilahi''.

Tuesday 20 December 2011

Cinta Itu Nikmat Tetapi Awas!

Cinta itu suci. Namun kita sebagai remaja yang baru setahun jagung terjebak ke kancah percintaan yang memberi nikmat seketika tetapi ibarat duri dalam daging yang akhirnya memakan diri sendiri.

Ya, memang benar cinta itu buta, tetapi hakikatnya kita yang buta dan tuli mengenal apa itu erti cinta. Natijahnya kini, cinta yang dicanang sebagai sesuatu yang suci dinodai dengan titik-titk hitam kemungkaran dan kerendahan maruah segelintir kita yang bersifat bodoh sombong mendefinisikan cinta sebagai sebuah ikatan yang menghalalkan yang haram.

Siapa yang harus dipersalahkan?

Tepuk dada tanya Iman.

Sudah terang lagi bersuluh, lebih separuh daripada kita pernah terjerat dengan kenikmatan cinta itu sendiri. Tidak kiralah yang terpaksa, yang rela atau suka-suka.

Tanya diri kita sendiri, adakah kita menghormati cinta suci itu atau perasaan cinta yang menjalar dalam segenap inci tubuh badan kita ini menjadikan lesen untuk kita merendahkan maruah kita sebagai umat Islam yang berpegang kepada agama yang suci.

Remaja kini sudah tidak segan silu lagi melakukan perkara sumbang di hadapan khalayak ramai, dipaparkan dan dijadikan sorotan setiap hari.

Ternyata maruah kita seperti diperkotak-katikkan dengan kerakusan nafsu yang menjadi tuan dan raja sehingga kita diibaratkan seperti mengikut kehendak sendiri.

Keghairahan kita mengejar nikmat cinta sebenarnya menongkah arus tujuan kita diberi nikmat untuk menjadi dewasa. Matangnya kita bukan bererti kita matang untuk mengawal nafsu yang semakin beraja memerintah akal fikiran yang waras.

Buktinya, ramai antara kita yang semaki terdedah dengan gejala-gejala sosial. Maruah hilang entah ke mana, malu sudah tidak bertandang, takut kepada-Nya jauh sekali. Yang perempuan menggoda, yang lelaki tergoda.

Lemah sungguh kita sebagai manusia yang menjadi ciptaan Allah S.W.T yang paling mulia. Lebih parah pula apabila lelaki bersikap habis madu sepah dibuang. Yang perempuan pula bersikap pendek akal dengan cubaan membunuh diri. Padahal sikap mereka yang sebenarnya yang mendorong mereka menghancurkan hidup mereka sendiri.

Hakikatnya kini, bercinta itu sudah menjadi satu "trend" dalam kehidupan kita. Kita lebih cenderung mengelaskan mereka yang kononnya yang tidak bercinta atau 'couple' itu kolot, ketinggalan zaman atau mungkin juga tidak laku. Hal ini menyebabkan kita berasa malu dan mula ketagih untuk bercinta.

Realitinya, mereka yang berjaya mempertahankan perasaan mereka daripada dinodai 'cinta monyet' merupakan mereka yang teguh pendirian dan berhati mulia kerana tidak bertindak untuk dinodai cinta suci itu.

Apakah kita tidak malu berpeleseran dengan pasangan kita?

Ditayang-tayang, ditunjuk-tunjuk ibarat 'show case' lagaknya. Kononnya mereka sahaja yang mempunyai pasangan. Padahal, tindakan kita ini ibarat meletakkan muka dipunggung sendiri. Maruah pula jatuh tergolek-golek.

Siapa yang suka apabila 24 jam asyik muka kita sahaja yang berkepit seperti suami isteri ke sana ke sini tanpa segan silu?

Hakikatnya, perasaan malu, mual, menyampah seperti menunjah-nunjah melihat perlakuan mereka yang sudah dibutakan dan ditulikan oleh nikmat cinta. Ibu bapa pula seperti sudah tidak mampu melarang keghairahan anak mereka daripada terus hanyut dalam dunia mereka sendiri.

Yang peliknya, ibu bapa buat-buat pejam mata sahaja apabila anak-anak mereka pergi dan balik menaiki satu kenderaan yang sama dengan lelaki-lelaki yang entah siapa-siapa.

Perbuatan kita ini bukan sahaja menodai cinta itu sendiri tetapi juga menconteng arang ke muka kedua-dua ibu bapa kita. Usah mencipta kenikmatan seketika, kelak bias meruntuhkan maruah sendiri.

Allah S.W.T telah menentukan jodoh kita sejak lahir lagi. Tidak perlulah kita berfikiran kolot dengan mengejar 'cinta monyet' yang bakal mengundang seribu satu masalah dan kedukaan yang tiada akhirnya. Tiada manusia yang mati andai cinta itu tidak hadir dalam hati.

Jika kita memang benar-benar ingin merasai nikmat cinta palsu itu, letakkanlah nafsu dan Iman kita di atas neraca timbang. Pastinya nafsu lebih berat daripada Iman kita.
Mahukah kita menggadaikan maruah kita yang tidak ternilai harganya ini hanya untuk menikmati perasaan ghairah bercinta yang bertindak hanya seketika?

Yang menanggungnya pastilah perempuan. Seronok dan nikmat sama dirasai, kenapa derita dipikul sendiri?
Lelaki juga harus bertanggungjawab kerana 'bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi'. Sebenarnya dua-dua bersalah, kenapa yang harus menanggung malu perempuan seorang. Jadilah anak jantan sejati 'berani buat, berani tanggung' bukannya mahu buat selepas itu lari tidak cukup tanah. Buat apa jadi lelaki kalau hanya sekadar lempar batu sembunyi tangan, lebih baik jadi lelaki lembut tetapi bertanggungjawab. Ini semua gara-gara cinta.

Cinta itu menghayalkan. Cinta itu membuat kita alpa tentang segalanya. Lupa dunia, lupa Akhirat. Begitulah cinta itu. Kadang-kadang cinta itu sesuatu yang nikmat tetapi awas. Disebabkan cinta, kita sebagai manusia hilang maruah diri dan pengangan agama entah ke mana. Yang menanggungnya kita. Bukan oang lain.
Tidak salah bercinta andai kita mampu mengawal nafsu serakah daripada menjadi tuan dan juga tidak berkelakuan jelek di hadapan orang ramai. Bagi mereka yang belum merasa nikmat cinta itu, berbanggalah kerana anda mempunyai harga diri yang tinggi. Jaga diri jangan terlalu dibuai perasaan hingga tergadai maruah.

*Dipetik dari sumber lain.

Thursday 15 December 2011

AKU RINDUKAN..

Ku biarkan pohon-pohon di Bumi ini menjadi pena, 
Dedaunan menjadi tinta, 
Dan Allah menjadi saksi ketulusan hatiku bermadah kata.. 
Aku ditakdirkan kehilangan insan tersayang, 
Dan kadang-kadang hatiku dipaut sedih apabila terkenangkannya..
Aku juga seperti insan lain yang   kadang-kadang lemah menghadapi dugaan.. 
Memang perit apabila terkenangkannya, namun aku .. 
Juga insan biasa yang tidak bisa melawan takdir..  
Sejenak aku terkenang nostalgia,  ketika bersamanya, menangis hati ini.. 
Andai aku punya waktu,  
Akan ku mohon keampunan darinya..
 Andai waktu bisa ku putar kembali,  
Akan ku semai segala rasa sayang ini padanya.. 
Namun,
Itu semua harapan, harapan yang kini hanya tinggal kenangan..
Terasa bagai sayup-sayup suaranya menasihati,  
Terdengar bisikan kata-katanya yang memberi nasihat bermakna..  
Namun itu hanya perasaanku semata-mata..  
Ya Allah ! 
Aku amat menyayangi, mengasihi dirinya..  
Salam sayang kusampaikan untuknya..  
Bicara kasih ku luahkan padanya..  
Hanya kalian satu-satunya dahulu,  Kini dan selamanyaa, tiada pengganti..  
Kiriman doa dan kalungan Al-Fatihah aku untuskan untuknya..  
Aku rindukan, rindukan belaian, rindukan  
kasih sayang dan segalanya tentang dirimu, MAK dan AYAH ..   

Adik sayang mak dan ayah ! :') Restu kalian memimpinku ke syurgaNya. InsyaAllah. Sekian. 

*Ni nukilan aku dalam majalah sekolah time aku form 3, hehe :). Walaupun tak seberapa, masuk lah jugak dalam majalah sekolah. Haha, sekolah besar mana je pun. Tapi banggalah. Kau adaaa ? :P Hehe

Aku, Lelaki dan Cinta ..

Jika Pemilik cinta diketepikan, peminjam cinta dijulang-julang, bagaimana kita dapat berasa bahagia?


  Sudah 15 tahun saat itu berlalu. Hari ini aku termangu sendirian. Ternyata suamiku Azim tidak sehebat yang aku angankan. Dia tak mampu memberiku kebahagiaan. Pujuk rayu dan sifat penyayangnya hakis demi hari. Pejabatnya lebih penting daripadaku. Kereta yang sering ditukar ganti terasa sebagai isteri keduanya.
  Aku rasa seperti bermadu dengan kereta. Azim mengambil berat apabila keretanya tercalar tetapi apabila hatiku terluka dia buat tak tahu. Aku tidak lebih dari hanya seorang pengasuh anak-anak kami. Setiap kali aku membuka mulut ingin meluahkan perasaan dan ingin mengingatkan kembali harapan-harapan yang kami pernah sulam sebelum berkahwin, Azim dengan suara tinggi berkata "Apa lagi ni.. apa lagi yang tak cukup?". Dan aku akan menangis sepanjang hari. Aku makan hati. Aku rasa seperti pengemis cinta kepada orang yang sepatutnya memberi cintanya kepadaku dengan hati terbuka.

Orang ketiga

  Kali ini aku hampir hilang pertimbangan. Azim menjauh dariku apabila mendapat panggilan telefon. Dia tidak mahu aku mendengar apa yang dibualkan. Biasanya panggilan begini, dia akan berada di luar rumah lama-lama sambil berbual. Mesra gayanya dan kengkadang ketawa seperti ada yang menggelikan hati. Suatu hari Ahad, Azim keletihan dan tertidur. Aku mengambil peluang memeriksa telefon bimbitnya - perkara yang tidak pernah aku lakukan sebelum ini.
  Aku mendail nombor yang catatan masa perbualannya lama dan paling banyak dalam log senarai dipanggil. "Sayang, you kata hari ini nak rehat. Kenapa call. Rindu lah tu'. Mesra dan manja sekali suara perempuan yang mengangkat telefon. Telefon bimbit terlepas dari tangan dan kakiku menjadi lembik lalu terduduk. Ternyata ada wanita lain dalam hidup Azmi. Hari Isnin berikutnya, selepas menghantar anak ke sekolah, aku memecut keretaku tanpa tujuan pasti. Aku tersedar apabila ternampak kawasan rehat dan rawat ( R&R) di hadapan. Aku meletakkan kereta berdekatan dengan surau. Aku menapak ke surau dengan longlai dan duduk bersandar. Aku menangis lagi.

Kakak di R&R

"Dik, kenapa ni?" 
  Aku disapa oleh seseorang. Orang itu duduk di sebelahku memaut bahuku. 
"Sedih ya?"
  Suara yang penuh prihatin itu membuatku tersentuh. Aku tiba-tiba rasa ingin memeluknya. Dia menepuk-nepuk belakangku.
"Menangislah puas-puas. Lepas tu ceritakan pada akak apa yang berlaku".
  Aku terus menangis sehingga aku rasa lega. Kuluahkan segalanya. Dia mendengar penuh perhatian. Untuk sekian lama aku merasakan ada orang sudi mendengar luahan hatiku. 
"Jadi, Ina mengharapkan suami dapat memberikan kebahagiaan dan cinta".
"Ya kak, dia segala-galanya bagi saya".
"Bagaimana mungkin, Ina. Suami Ina, atau mana-mana manusia tidak mungkin mampu memberikan kebahagiaan dan cinta. Untuk dirinya sendiri pun dia mengharapkannya dari orang lain".
"Kenapa kakak cakap macam begitu? Kakak bukan kenal dengan suami saya".
"Kakak tak kenal suami Ina. Tapi tidak banyak bezanya dia dengan orang orang lain. Kenapa dia juga mengharapkan kebahagiaan itu diberi oleh orang lain. Dia pun tak dapat bahagiakan diri sendiri, kenapa Ina letakkan seluruh harapan kepada dia? Soal material mungkin dia boleh berikan. Tapi soal bahagia dan cinta adalah soal hati".
"Habis, saya tidak akan bahagia dengan suami saya?"
"Boleh. Tapi mintalah bahagia itu daripada Pemilik cinta dan bahagia".
"Maksud akak ?"
"Ina, cuba jawab soalan akak. Di mana Ina letakkan Allah dalam pencarian Ina? Selama ini, suami atau Allah yang lebih Ina utamakan? Jika Pemilik cinta diketepikan, peminjam cinta dijulang-julang, bagaimana kita dapat berasa bahagia? Hati kita milik Allah, Ina. Ambillah cinta dan bahagia dari sumbernya yang asal, insyaAllah kita takkan kecewa".
  Perbualan dengan kakak di R&R berlangsung lama.
"Apabila Allah mencintai seseorang hamba, maka Allah berseru kepada Jibril : "Sesungguhnya Allah mencintai Fulan, maka cintailah dia". Jibril pun mencintainya. Kemudian Jibril berseru kepada penghuni langit : "Sesungguhnya Allah mencintai Fulan, maka kalian cintalaih dia". Penghuni langit pun mencintainya. Kemudian ditanamkanlah cinta penghuni Bumi kepadanya". 
  Maksud hadis yang kakak ceritakan ini katanya riwayat Bukhari, meresap jauh ke dalam hatiku. Aku berasa semakin tenang. Terasa seperti air yang dingin menyirami hati. Kakak juga membekalkanku doa Nabi Daud a.s tentang cinta. Katanya doa ini disebut dalam hadis riwayat Tirmizi.
"Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu cintaMu dan cinta orang-orang yang mencintaiMu dan aku memohon kepadaMu perbuatan yang dapat menghantarku kepada cintaMu. Ya Allah, jadikanlah cintaMu lebih kucintai daripada diriku dan keluargaku".
  Aku tak pasti adakah aku akan mampu melakukan semua nasihat kakak di surau R&R. Yang penting aku mendapat satu perspektif baru yang lebih bertapak di bumi nyata tentang cinta.

Memohon keampuanan

"Yang penting buat dulu, apabila kita berbuat, kita akan dapat pengalaman. Pengalaman akan membawa kepada keyakinan. Apabila hati telah yakin, cabaran dalam hidup tidak akan melemahkan kita".
  Itu pesan kakak R&R. Lagipun apa pilihan yang aku ada? Aku masuk semula dalam kereta. Wajah anak-anak tergambar di fikiranku. Kebaikan Azim terhadapku mengisi fikiran warasku. Aku mengulang-ulang doa mohon perlindungan  dari syaitan Wathin yang tugasnya menghasut orang yang sedang dilanda ujian. Aku berlindung dengan Allah dari syaitan Wathin yang terkutuk.
  Jauh di sudut hati paling dalam, aku mengakui belum mampu memaafkan Azim sepenuhnya tetapi aku menyimpan harapan untuk memohon kekuatan dari Allah. Jodoh pertemuan, ajal maut adalah urusan Allah. Apa yang Dia izinkan berlaku pasti akan berlaku dan apa yang tidak dengan izinNya tidak akan berlaku.
 Allah lah yang menggerakkan hatinya untuk memandu ke R&R , di luar akal sedarku, selamat tanpa sebarang kemalangan. Rupanya Dia ingin mempertemukan aku dengan seseorang yang membuat aku melihat kehidupan ini dari sudut pandang yang lain.
  Ya Allah, ya Rahman, ya Rahim.. izinkan aku mengenalMu. Tuhanku adalah Ar-Rahman, Ar-Rahim. Pemilik hakiki cinta dan kasih sayang yang selama ini aku harapkan dari makhluk bergelar lelaki dan suami. Dengan belas ihsanMu ya Allah, kuatkan hatiku dengan kudratMu untuk memulakan arah cinta yang abadi dan murni. Urusan utamaku adalah dengan Mu ya Allah, bukan dengan lelaki yang juga lemah seperti aku.

HABIS ! :)
Tak tahu lah ape yang dimengarutkan kat atas ni, kan. Haha. Banyak dah melalot tuh, tapi takpe janji ada motif yang jelas. Ape ? Lebihkan cinta Allah daripada manusia. Yes! correct, correct. Sepuluh markah untuk anda! Haaa, semoga kita antara mereka yang lebihkan cinta Allah daripada manusia. Okay? :D









 

Monday 12 December 2011

Nazmi Faiz kena bahan! Tak baik betul.

Setelah sekian lama tidak mengUpdate blog, kali ni nak update pasal bola. Haha, janji ! Kali ni je. Sebab macam best pulak. Hehe.

NAZMI FAIZ DIKUTUK BLOGGER , NAZMI FAIZ DIHINA BLOGGER, NAZMI FAIZ MANSOR KENA KUTUK, BLOGGER HINA NAZMI FAIZ MANSOR, NAZMI FAIZ KENA KUTUK BLOGGER

Nama Nazmi Faiz Mansor mula naik mendadak selepas menunjukkan aksi cemerlang pada Kejohanan Sukan Sea 2011 pada bulan lepas. Ramai yang memuji aksinya yang cekap dan tangkas dalam pengawalan bola.
Tapi ada seorang blogger yang tidak diketahui kerana menurut sumber tiada link yang diberikan.


Menurut sumber , blogger ini adalah blogger baru kerana akaun blogspotnya dicipta pada December 2011 dan ini membuktikan blogger ini membuat akaun baru dan blog semata – mata untuk mengutuk Nazmi Faiz Mansor.

Okay, puas! Bukan ape, cuma nak kongsi cerita je. Kita sebagai rakyat harus berbangga nama negara naik, ye dok? Haha, jadi tak payah lah nak bahan orang sangat kan? Cool, jom sama-2 sokong pasukan negara kita. Go Harimau Muda !! :D

*dari blog orang :)