''Hatiku sanggup mati ditolak insani namun bukan Ilahi. Jiwaku sanggup kosong tanpa kasih insani namu bukan Ilahi. Marilah kita bersama-sama menggapai kasih Ilahi''.

Tuesday 20 December 2011

Cinta Itu Nikmat Tetapi Awas!

Cinta itu suci. Namun kita sebagai remaja yang baru setahun jagung terjebak ke kancah percintaan yang memberi nikmat seketika tetapi ibarat duri dalam daging yang akhirnya memakan diri sendiri.

Ya, memang benar cinta itu buta, tetapi hakikatnya kita yang buta dan tuli mengenal apa itu erti cinta. Natijahnya kini, cinta yang dicanang sebagai sesuatu yang suci dinodai dengan titik-titk hitam kemungkaran dan kerendahan maruah segelintir kita yang bersifat bodoh sombong mendefinisikan cinta sebagai sebuah ikatan yang menghalalkan yang haram.

Siapa yang harus dipersalahkan?

Tepuk dada tanya Iman.

Sudah terang lagi bersuluh, lebih separuh daripada kita pernah terjerat dengan kenikmatan cinta itu sendiri. Tidak kiralah yang terpaksa, yang rela atau suka-suka.

Tanya diri kita sendiri, adakah kita menghormati cinta suci itu atau perasaan cinta yang menjalar dalam segenap inci tubuh badan kita ini menjadikan lesen untuk kita merendahkan maruah kita sebagai umat Islam yang berpegang kepada agama yang suci.

Remaja kini sudah tidak segan silu lagi melakukan perkara sumbang di hadapan khalayak ramai, dipaparkan dan dijadikan sorotan setiap hari.

Ternyata maruah kita seperti diperkotak-katikkan dengan kerakusan nafsu yang menjadi tuan dan raja sehingga kita diibaratkan seperti mengikut kehendak sendiri.

Keghairahan kita mengejar nikmat cinta sebenarnya menongkah arus tujuan kita diberi nikmat untuk menjadi dewasa. Matangnya kita bukan bererti kita matang untuk mengawal nafsu yang semakin beraja memerintah akal fikiran yang waras.

Buktinya, ramai antara kita yang semaki terdedah dengan gejala-gejala sosial. Maruah hilang entah ke mana, malu sudah tidak bertandang, takut kepada-Nya jauh sekali. Yang perempuan menggoda, yang lelaki tergoda.

Lemah sungguh kita sebagai manusia yang menjadi ciptaan Allah S.W.T yang paling mulia. Lebih parah pula apabila lelaki bersikap habis madu sepah dibuang. Yang perempuan pula bersikap pendek akal dengan cubaan membunuh diri. Padahal sikap mereka yang sebenarnya yang mendorong mereka menghancurkan hidup mereka sendiri.

Hakikatnya kini, bercinta itu sudah menjadi satu "trend" dalam kehidupan kita. Kita lebih cenderung mengelaskan mereka yang kononnya yang tidak bercinta atau 'couple' itu kolot, ketinggalan zaman atau mungkin juga tidak laku. Hal ini menyebabkan kita berasa malu dan mula ketagih untuk bercinta.

Realitinya, mereka yang berjaya mempertahankan perasaan mereka daripada dinodai 'cinta monyet' merupakan mereka yang teguh pendirian dan berhati mulia kerana tidak bertindak untuk dinodai cinta suci itu.

Apakah kita tidak malu berpeleseran dengan pasangan kita?

Ditayang-tayang, ditunjuk-tunjuk ibarat 'show case' lagaknya. Kononnya mereka sahaja yang mempunyai pasangan. Padahal, tindakan kita ini ibarat meletakkan muka dipunggung sendiri. Maruah pula jatuh tergolek-golek.

Siapa yang suka apabila 24 jam asyik muka kita sahaja yang berkepit seperti suami isteri ke sana ke sini tanpa segan silu?

Hakikatnya, perasaan malu, mual, menyampah seperti menunjah-nunjah melihat perlakuan mereka yang sudah dibutakan dan ditulikan oleh nikmat cinta. Ibu bapa pula seperti sudah tidak mampu melarang keghairahan anak mereka daripada terus hanyut dalam dunia mereka sendiri.

Yang peliknya, ibu bapa buat-buat pejam mata sahaja apabila anak-anak mereka pergi dan balik menaiki satu kenderaan yang sama dengan lelaki-lelaki yang entah siapa-siapa.

Perbuatan kita ini bukan sahaja menodai cinta itu sendiri tetapi juga menconteng arang ke muka kedua-dua ibu bapa kita. Usah mencipta kenikmatan seketika, kelak bias meruntuhkan maruah sendiri.

Allah S.W.T telah menentukan jodoh kita sejak lahir lagi. Tidak perlulah kita berfikiran kolot dengan mengejar 'cinta monyet' yang bakal mengundang seribu satu masalah dan kedukaan yang tiada akhirnya. Tiada manusia yang mati andai cinta itu tidak hadir dalam hati.

Jika kita memang benar-benar ingin merasai nikmat cinta palsu itu, letakkanlah nafsu dan Iman kita di atas neraca timbang. Pastinya nafsu lebih berat daripada Iman kita.
Mahukah kita menggadaikan maruah kita yang tidak ternilai harganya ini hanya untuk menikmati perasaan ghairah bercinta yang bertindak hanya seketika?

Yang menanggungnya pastilah perempuan. Seronok dan nikmat sama dirasai, kenapa derita dipikul sendiri?
Lelaki juga harus bertanggungjawab kerana 'bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi'. Sebenarnya dua-dua bersalah, kenapa yang harus menanggung malu perempuan seorang. Jadilah anak jantan sejati 'berani buat, berani tanggung' bukannya mahu buat selepas itu lari tidak cukup tanah. Buat apa jadi lelaki kalau hanya sekadar lempar batu sembunyi tangan, lebih baik jadi lelaki lembut tetapi bertanggungjawab. Ini semua gara-gara cinta.

Cinta itu menghayalkan. Cinta itu membuat kita alpa tentang segalanya. Lupa dunia, lupa Akhirat. Begitulah cinta itu. Kadang-kadang cinta itu sesuatu yang nikmat tetapi awas. Disebabkan cinta, kita sebagai manusia hilang maruah diri dan pengangan agama entah ke mana. Yang menanggungnya kita. Bukan oang lain.
Tidak salah bercinta andai kita mampu mengawal nafsu serakah daripada menjadi tuan dan juga tidak berkelakuan jelek di hadapan orang ramai. Bagi mereka yang belum merasa nikmat cinta itu, berbanggalah kerana anda mempunyai harga diri yang tinggi. Jaga diri jangan terlalu dibuai perasaan hingga tergadai maruah.

*Dipetik dari sumber lain.

Thursday 15 December 2011

AKU RINDUKAN..

Ku biarkan pohon-pohon di Bumi ini menjadi pena, 
Dedaunan menjadi tinta, 
Dan Allah menjadi saksi ketulusan hatiku bermadah kata.. 
Aku ditakdirkan kehilangan insan tersayang, 
Dan kadang-kadang hatiku dipaut sedih apabila terkenangkannya..
Aku juga seperti insan lain yang   kadang-kadang lemah menghadapi dugaan.. 
Memang perit apabila terkenangkannya, namun aku .. 
Juga insan biasa yang tidak bisa melawan takdir..  
Sejenak aku terkenang nostalgia,  ketika bersamanya, menangis hati ini.. 
Andai aku punya waktu,  
Akan ku mohon keampunan darinya..
 Andai waktu bisa ku putar kembali,  
Akan ku semai segala rasa sayang ini padanya.. 
Namun,
Itu semua harapan, harapan yang kini hanya tinggal kenangan..
Terasa bagai sayup-sayup suaranya menasihati,  
Terdengar bisikan kata-katanya yang memberi nasihat bermakna..  
Namun itu hanya perasaanku semata-mata..  
Ya Allah ! 
Aku amat menyayangi, mengasihi dirinya..  
Salam sayang kusampaikan untuknya..  
Bicara kasih ku luahkan padanya..  
Hanya kalian satu-satunya dahulu,  Kini dan selamanyaa, tiada pengganti..  
Kiriman doa dan kalungan Al-Fatihah aku untuskan untuknya..  
Aku rindukan, rindukan belaian, rindukan  
kasih sayang dan segalanya tentang dirimu, MAK dan AYAH ..   

Adik sayang mak dan ayah ! :') Restu kalian memimpinku ke syurgaNya. InsyaAllah. Sekian. 

*Ni nukilan aku dalam majalah sekolah time aku form 3, hehe :). Walaupun tak seberapa, masuk lah jugak dalam majalah sekolah. Haha, sekolah besar mana je pun. Tapi banggalah. Kau adaaa ? :P Hehe

Aku, Lelaki dan Cinta ..

Jika Pemilik cinta diketepikan, peminjam cinta dijulang-julang, bagaimana kita dapat berasa bahagia?


  Sudah 15 tahun saat itu berlalu. Hari ini aku termangu sendirian. Ternyata suamiku Azim tidak sehebat yang aku angankan. Dia tak mampu memberiku kebahagiaan. Pujuk rayu dan sifat penyayangnya hakis demi hari. Pejabatnya lebih penting daripadaku. Kereta yang sering ditukar ganti terasa sebagai isteri keduanya.
  Aku rasa seperti bermadu dengan kereta. Azim mengambil berat apabila keretanya tercalar tetapi apabila hatiku terluka dia buat tak tahu. Aku tidak lebih dari hanya seorang pengasuh anak-anak kami. Setiap kali aku membuka mulut ingin meluahkan perasaan dan ingin mengingatkan kembali harapan-harapan yang kami pernah sulam sebelum berkahwin, Azim dengan suara tinggi berkata "Apa lagi ni.. apa lagi yang tak cukup?". Dan aku akan menangis sepanjang hari. Aku makan hati. Aku rasa seperti pengemis cinta kepada orang yang sepatutnya memberi cintanya kepadaku dengan hati terbuka.

Orang ketiga

  Kali ini aku hampir hilang pertimbangan. Azim menjauh dariku apabila mendapat panggilan telefon. Dia tidak mahu aku mendengar apa yang dibualkan. Biasanya panggilan begini, dia akan berada di luar rumah lama-lama sambil berbual. Mesra gayanya dan kengkadang ketawa seperti ada yang menggelikan hati. Suatu hari Ahad, Azim keletihan dan tertidur. Aku mengambil peluang memeriksa telefon bimbitnya - perkara yang tidak pernah aku lakukan sebelum ini.
  Aku mendail nombor yang catatan masa perbualannya lama dan paling banyak dalam log senarai dipanggil. "Sayang, you kata hari ini nak rehat. Kenapa call. Rindu lah tu'. Mesra dan manja sekali suara perempuan yang mengangkat telefon. Telefon bimbit terlepas dari tangan dan kakiku menjadi lembik lalu terduduk. Ternyata ada wanita lain dalam hidup Azmi. Hari Isnin berikutnya, selepas menghantar anak ke sekolah, aku memecut keretaku tanpa tujuan pasti. Aku tersedar apabila ternampak kawasan rehat dan rawat ( R&R) di hadapan. Aku meletakkan kereta berdekatan dengan surau. Aku menapak ke surau dengan longlai dan duduk bersandar. Aku menangis lagi.

Kakak di R&R

"Dik, kenapa ni?" 
  Aku disapa oleh seseorang. Orang itu duduk di sebelahku memaut bahuku. 
"Sedih ya?"
  Suara yang penuh prihatin itu membuatku tersentuh. Aku tiba-tiba rasa ingin memeluknya. Dia menepuk-nepuk belakangku.
"Menangislah puas-puas. Lepas tu ceritakan pada akak apa yang berlaku".
  Aku terus menangis sehingga aku rasa lega. Kuluahkan segalanya. Dia mendengar penuh perhatian. Untuk sekian lama aku merasakan ada orang sudi mendengar luahan hatiku. 
"Jadi, Ina mengharapkan suami dapat memberikan kebahagiaan dan cinta".
"Ya kak, dia segala-galanya bagi saya".
"Bagaimana mungkin, Ina. Suami Ina, atau mana-mana manusia tidak mungkin mampu memberikan kebahagiaan dan cinta. Untuk dirinya sendiri pun dia mengharapkannya dari orang lain".
"Kenapa kakak cakap macam begitu? Kakak bukan kenal dengan suami saya".
"Kakak tak kenal suami Ina. Tapi tidak banyak bezanya dia dengan orang orang lain. Kenapa dia juga mengharapkan kebahagiaan itu diberi oleh orang lain. Dia pun tak dapat bahagiakan diri sendiri, kenapa Ina letakkan seluruh harapan kepada dia? Soal material mungkin dia boleh berikan. Tapi soal bahagia dan cinta adalah soal hati".
"Habis, saya tidak akan bahagia dengan suami saya?"
"Boleh. Tapi mintalah bahagia itu daripada Pemilik cinta dan bahagia".
"Maksud akak ?"
"Ina, cuba jawab soalan akak. Di mana Ina letakkan Allah dalam pencarian Ina? Selama ini, suami atau Allah yang lebih Ina utamakan? Jika Pemilik cinta diketepikan, peminjam cinta dijulang-julang, bagaimana kita dapat berasa bahagia? Hati kita milik Allah, Ina. Ambillah cinta dan bahagia dari sumbernya yang asal, insyaAllah kita takkan kecewa".
  Perbualan dengan kakak di R&R berlangsung lama.
"Apabila Allah mencintai seseorang hamba, maka Allah berseru kepada Jibril : "Sesungguhnya Allah mencintai Fulan, maka cintailah dia". Jibril pun mencintainya. Kemudian Jibril berseru kepada penghuni langit : "Sesungguhnya Allah mencintai Fulan, maka kalian cintalaih dia". Penghuni langit pun mencintainya. Kemudian ditanamkanlah cinta penghuni Bumi kepadanya". 
  Maksud hadis yang kakak ceritakan ini katanya riwayat Bukhari, meresap jauh ke dalam hatiku. Aku berasa semakin tenang. Terasa seperti air yang dingin menyirami hati. Kakak juga membekalkanku doa Nabi Daud a.s tentang cinta. Katanya doa ini disebut dalam hadis riwayat Tirmizi.
"Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu cintaMu dan cinta orang-orang yang mencintaiMu dan aku memohon kepadaMu perbuatan yang dapat menghantarku kepada cintaMu. Ya Allah, jadikanlah cintaMu lebih kucintai daripada diriku dan keluargaku".
  Aku tak pasti adakah aku akan mampu melakukan semua nasihat kakak di surau R&R. Yang penting aku mendapat satu perspektif baru yang lebih bertapak di bumi nyata tentang cinta.

Memohon keampuanan

"Yang penting buat dulu, apabila kita berbuat, kita akan dapat pengalaman. Pengalaman akan membawa kepada keyakinan. Apabila hati telah yakin, cabaran dalam hidup tidak akan melemahkan kita".
  Itu pesan kakak R&R. Lagipun apa pilihan yang aku ada? Aku masuk semula dalam kereta. Wajah anak-anak tergambar di fikiranku. Kebaikan Azim terhadapku mengisi fikiran warasku. Aku mengulang-ulang doa mohon perlindungan  dari syaitan Wathin yang tugasnya menghasut orang yang sedang dilanda ujian. Aku berlindung dengan Allah dari syaitan Wathin yang terkutuk.
  Jauh di sudut hati paling dalam, aku mengakui belum mampu memaafkan Azim sepenuhnya tetapi aku menyimpan harapan untuk memohon kekuatan dari Allah. Jodoh pertemuan, ajal maut adalah urusan Allah. Apa yang Dia izinkan berlaku pasti akan berlaku dan apa yang tidak dengan izinNya tidak akan berlaku.
 Allah lah yang menggerakkan hatinya untuk memandu ke R&R , di luar akal sedarku, selamat tanpa sebarang kemalangan. Rupanya Dia ingin mempertemukan aku dengan seseorang yang membuat aku melihat kehidupan ini dari sudut pandang yang lain.
  Ya Allah, ya Rahman, ya Rahim.. izinkan aku mengenalMu. Tuhanku adalah Ar-Rahman, Ar-Rahim. Pemilik hakiki cinta dan kasih sayang yang selama ini aku harapkan dari makhluk bergelar lelaki dan suami. Dengan belas ihsanMu ya Allah, kuatkan hatiku dengan kudratMu untuk memulakan arah cinta yang abadi dan murni. Urusan utamaku adalah dengan Mu ya Allah, bukan dengan lelaki yang juga lemah seperti aku.

HABIS ! :)
Tak tahu lah ape yang dimengarutkan kat atas ni, kan. Haha. Banyak dah melalot tuh, tapi takpe janji ada motif yang jelas. Ape ? Lebihkan cinta Allah daripada manusia. Yes! correct, correct. Sepuluh markah untuk anda! Haaa, semoga kita antara mereka yang lebihkan cinta Allah daripada manusia. Okay? :D









 

Monday 12 December 2011

Nazmi Faiz kena bahan! Tak baik betul.

Setelah sekian lama tidak mengUpdate blog, kali ni nak update pasal bola. Haha, janji ! Kali ni je. Sebab macam best pulak. Hehe.

NAZMI FAIZ DIKUTUK BLOGGER , NAZMI FAIZ DIHINA BLOGGER, NAZMI FAIZ MANSOR KENA KUTUK, BLOGGER HINA NAZMI FAIZ MANSOR, NAZMI FAIZ KENA KUTUK BLOGGER

Nama Nazmi Faiz Mansor mula naik mendadak selepas menunjukkan aksi cemerlang pada Kejohanan Sukan Sea 2011 pada bulan lepas. Ramai yang memuji aksinya yang cekap dan tangkas dalam pengawalan bola.
Tapi ada seorang blogger yang tidak diketahui kerana menurut sumber tiada link yang diberikan.


Menurut sumber , blogger ini adalah blogger baru kerana akaun blogspotnya dicipta pada December 2011 dan ini membuktikan blogger ini membuat akaun baru dan blog semata – mata untuk mengutuk Nazmi Faiz Mansor.

Okay, puas! Bukan ape, cuma nak kongsi cerita je. Kita sebagai rakyat harus berbangga nama negara naik, ye dok? Haha, jadi tak payah lah nak bahan orang sangat kan? Cool, jom sama-2 sokong pasukan negara kita. Go Harimau Muda !! :D

*dari blog orang :)

Tuesday 15 November 2011

ALLAH MASIH ADA

Setiap manusia diberikan ujian masing-masing .
Dan setiap ujian itu pasti ada hikmahnya .
Begitu juga dengan sakit ,
setiap kesakitan yang datang pasti ada penawarnya .

Jangan cepat merungut apabila ditimpa musibah .
Jangan cepat putus asa apabila menerima dugaan .
Jangan cepat lemah apabila dihujani musibah .
Setiap yang menghampiri semestinya ada hikmah disebaliknya .

Allah s.w.t tidak akan menguji seseorang itu ,
tanpa kemampuan mereka sendiri .
Allah tahu kita bisa hadapi , maka Allah uji .
Kita harus sambut itu semua sebagai usaha untuk menguatkan iman .

Begitu juga aku , Allah uji aku dengan kesakitan .
Walau kadang-kadang aku rasa putus asa untuk berjuang ,
namun aku tetap utuh berdiri teguh melawan sakitku .
Walau kadang-kadang aku merasa diriku lemah ,
namun aku terus tetap berusaha untuk kuat .
Kerana , kerana aku yakin dengan janji Allah .
Janji Allah tidak pernah salah . Dia sentiasa ada bersama kita .

Walau sebesar manapun dugaan buat kita .
Walau selemah manapun diri kita .
Walau apapun yang terjadi kepada kita .
Berbaliklah semula kepada Dia , Pencipta kita .

Selagi mana kita ingat Allah , selagi itu Dia akan ingat kita .
Allah pendengar yang setia , mengadulah padaNya .

~ Allah sentiasa ada bersama kita ~

Thursday 20 October 2011

Untuk adik akak ..

Buatmu sayangku ..
Semoga akhlakmu sehebat namamu!
Kerana kau sayangku ..

Buat adik yang akak sayang ..
Boleh adik masuk dengan cara akak tak? Sekejab je .. Ada benda 
penting yang akak nak cakap dengan adik, boleh tak? Adik akak
kan baik .. :)

Adik,
atas nama fitrah, lelaki dan perempuan diciptakan
rasa kasih dan cinta. Dianugerahkan amanah dan tanggungjawab 
kepada semua hamba Allah. Dan adik adalah amanah akak.
Sayang, atas nama amanah .. Bicara ini dilafaz agar tak tersilap
langkah ..

Dik, hidup ini ujian. Setiap ujian itu berlainan. Macam tu juga Allah
uji adik dan akak. Lain- lain .. Berbeza sangat ... Namun, semua itu untuk satu
tujuan .. Iaitu meningkatkan keimanan kepada Dia.

Adik, akak tak hebat untuk bermadah bicara.
Akak tak pandai nak tambat hati adik akak. Tapi akak tak pernah
bosan untuk tambat hati hati adik akak .

Adik nak tahu tak? Akak teringin sangat nak tengok adik akak ni
matang. Akak nak adik akak sehebat Solahuddin Al-Ayubi. Akak
nak adik akak jadi putera agama. Hebat akhlak dan sahsiah.
Yang mampu mempengaruh bukan yang terpengaruh. Yang boleh
bawa Islam bukan bawa kemungkaran. Yang tinggi harga diri
bukan yang suka menjatuhkan maruah diri ..

Adik faham tak maksud akak?
Adik, akak yakin. Dalam hati setiap manusia, walau jahat
macam mana sekalipun orang tu, akan ada rasa nak jadi baik.
Walaupun perasaan tu sikit je. Sebab baik itu fitrah ..

Adik, maaf andai bicara akak buat adik tak selesa. Maaf
andai kata-kata akak buat adik yang akak sayang terasa.
Akak tak sempurna, sayang. Akak mahukan yang terbaik 
untuk adik akak. Akak terlalu mengharap adik akak ni
mampu jadi pemimpin berguna. Akak tahu adik mampu.
Adik akak kan kuat, power lak tu .. :)

Adik, pengaruh rakan sebaya boleh bagi impak yang besar
dalam kehidupan. Sahabat yang soleh mampu berpimpin 
tangan ke syurga. Sahabat toleh mencampak kita ke neraka.

Hmm .. Akak yakin, adik mesti tak rasa gementar bila sebut soal
neraka dan gembira bila sebut soal syurga. Secara jujur, akak pun
macam tu juga. Seakan syurga dan neraka bukan soal penting
untk dibicara. Jom sama-sama check niat dan hati. Adakah niat
kita dah tersasar? Atau hati kita yang dah mati?

Erm, sayang .. Akak taknak ape yang akak tulis ni membosankan adik.
Akak nak cuba masuk dengan cara adik, tapi akak tak mampu .
Sebab tu akak harap, adik boleh terima dengan cara akak ni.

Adik, kalau adik ada masalah .. Akak ada untuk dengar semua
masalah adik .. Kalau adik ada benda nak share dengan akak,
akak akan sentiasa cuba untuk bersama adik.

Cuma satu permintaan akak. Cari sahabat yang soleh. Sebab
akak tahu, adik akak ni soleh jugak kan? :p

Dik, akak stop kat sini dulu. Boleh? Akak taknak banyak-banyak
sangat. Takut adik tak boleh terima. Maafkan akak, ye dik?

*congrates tu Huda :)

 

Friday 16 September 2011

Andai seorang lelaki itu datang.

Andai seorang lelaki datang kepadamu ketika kau perlukan teman...
Andai seorang lelaki datang kepadamu dengan ciri-ciri lelaki idaman...
Andai seorang lelaki datang menegur dan membuatmu terhibur...
Andai seorang lelaki datang menanyakan pendapatmu tentang dirinya...
Andai seorang lelaki datang kepadamu sambil merapatkan badannya kepadamu...
Andai seorang lelaki datang tanpa segan silu padamu walau dirimu sudah pemalu, sopan dan ayu...
Andai datang waktu itu, apakah tindakanmu...

MUNGKIN PADA PANDANGAN LELAKI ITU,

"Kau sangat comel pada mataku"
"Kau dah seperti adik kandungku"
"Lu keras macam tomboy takkan lu nak feeling dengan gua"
"Kau dan aku bukan alim sangat jadi tak perlu hipokrit"
"Kaulah kekasihku, kau perlukan belaian dan sokongan moral dariku"
"Aku tahu kau sunyi, aku tak kisah kalau aku kau nodai. Aku sudi dan sabar menanti"
"Oh, kau adalah bakal isteriku, aku harus berlatih dari sekarang 'menumpangkan' bahuku"
"Ku berbuat begini tiada yang tahu, kau takkan cerita pada orang lain"

TETAPI WAHAI PEREMPUAN, ADAKAH ITU YANG KAMU MAHU DAN DAMBAKAN? ADAKAH ITU YANG KAMU PERLUKAN?

Andai seorang lelaki itu datang...
Dan hanya dirimu pengawal gelanggang...
BERANIKAN diri untuk BERUNDUR
GAGAHKAN diri untuk TIDAK CAIR DILEBUR
TABAHKAN diri untuk menjadi PEREMPUAN EKSLUSIF YANG UNGGUL!
Perempuan yang taat hanya pada lelaki bernama ayah dan suami
Perempuan yang sedar maruah dan keunikan diri
Perempuan yang takkan cair dengan pujukan rayu 'syaitan' lelaki
Perempuan yang punya jati diri, berundur kerana TAK MAHU SUAMINYA NANTI DIBAYANGI BEKAS TEMAN-TEMAN LELAKI.


Sesungguhnya, neraka itu hakiki...
Ingatlah wahai diri yang bernama perempuan,
Andai seorang lelaki itu datang...
Beranikanlah diri untuk BERFIKIR dan MENOLAK dengan sebaiknya.. :)


dari blog seorang insan yang aku kagumi (:

Friday 29 July 2011

RamAdhan yaNg dinaNti ..

Ramadhan ..
Bulan yang penuh dengan barakah
Bulan yang penuh dengan makna indah
Hati tak sabar hendak menyambutnya
Tapi perasaan itu tetap bersarang dalam jiwa
Adakah aku bersedia melaluinya .. ?

Memang menanti kehadirannya
Bulan barakah itu..
Memang menunggu keberkatan
Bulan indah itu..
Tetapi adakah kita mampu
Melaluinya dengan ikhlas
Dan tabah dalam apa jua keadaan .. ?

Okie !
Dalam bulan ramadhan ni, kita mestilah usahe banyakkan ibadat kita ..
Sebab, dalam bulan tu .. segala pahala amalan sunat yang dilakukan
diangkat menjadi pahala wajib.. Bestkan ?? SUBHANALLAH ..
tapi nak buat tu dengan hati yang ikhlas lah yee :)

firman Allah :


maksudnya ????? 
hahahahah .. carik dalam quran yee ..
bulan ramadhan ni kena banyak mengaji .. :)
(surah al-baqarah 2:185)













































































































































































































































































Thursday 9 June 2011

waHai waNita ..

siapa kata jadi perempuan tu senang?

nak kena tutup sana, tutup sini

tengok budak lelaki, pakai baju pagoda pon orang x bising

perempuan, stoking pon kena pakai

cuba suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari

komfem x tahan bertutup semua

tapi, perempuan cool jek

tengah panas pon boleh lagi pakai jubah, hebat kan perempuan?

siapa kata jadi perempuan tu senang?

tiap2 bulan, mesti ada penyakit

nak pergi kelas pon susah

kalau boleh, masa tengah jalan tu nak jek meraung sbb sakit

cuba tengok budak lelaki , selamber jek

kadang2 setahun sekali pon susah nak dapat sakit

tapi, perempuan hidup berpuluh2 tahun dgn penyakit tiap2 bulan, survive jek

tengah2 sakit pon boleh senyum lagi sampai orang pon x perasan yg dia sakit

hebat kan perempuan?

siapa kata jadi perempuan tu senang?

hati ni Allah jadikan lembut betul

cepat jek sensitif

cuba tengok orang putus cinta

selalu perempuan yg paling susah nak lupa

lelaki lepas putus cinta cepat jek pasang baru

cuba pergi wayang tengok cerita hindustan

siapa yg paling teruk menangis?

perempuan kan?lelaki boleh gelak2 lagi

lembut tak lembut hati perempuan

tapi dengan hati yg lembut tu perempuan dapat mengkagumkan lelaki

hebat tak perempuan?

disebabkan susahnya nak jadik perempuan ni lah, ramai perempuan yg merajuk dengan Allah

diorang cakap, Allah x adil

kenapa Allah lebihkan lelaki?

kenapa perempuan kena dengar cakap suami?

kenapa syurga perempuan terletak di bawah kaki suami?

padahal jadi perempuan tu sangatlah susah

bak kata orang, nak jaga 10 anak lelaki, x susah macam nak jaga sorang anak perempuan

dan disebabkan perasaan negatif dekat Allah ni, ramai perempuan2 kat luar sana yg rebel

diorang pakai pakaian yg tidak menutup aurat dengan alasan, 'lelaki x payah tutup pon'

diorang berani bertepuk tampar dengan lelaki

diorang sanggup gadaikan diri diorang sbb percaya dengan janji manis kekasih yg busuk hati

kesian kan kat diorang?

disebabkan fikiran yg negatif terhadap Allah, diorang sanggup rosakkan diri diorang

diorang cakap diorang buat macam tu sbb Allah x adil

persoalannya sekarang

betul ke Allah x adil dengan perempuan?

betul, syurga perempuan terletak di bawah kaki suami

tapi, cuba ingat balik, syurga seorang anak lelaki terletak di bawah kaki siapa kalau bukan kaki ibunya?

betul, isteri kena ikut cakap suami

tapi, seorang anak lelaki kena taat pada ibunya 3 kali lebih utama daripada ayahnya

x adil lagikah Allah pada perempuan?

Allah bukan setakat adil, tapi Allah tu sangat sayang kat perempuan

untuk lelaki, syurga isterinya terletak di bawah kakinya

kalau paling banyak dia ada 4 orang isteri

cuma ada 4 orang yg syurganya bergantung pada seorang lelaki tu

tapi perempuan, ditakdirkan ada 15 orang anak lelaki

bermakna ada 15 orang yg syurganya terletak pada seorang perempuan tu

mashaAllah, hebatnya perempuan kan?

kenapa perempuan hebat?sebab kasih sayang Allah yg jadikan kita hebat

cuba dengar pula lagu2 yg berkumandang dekat radio

banyak lagu pasal perempuan kan?

contohnya macam lagu SUMAIYYAH,

jarang kita dengar lagu pasal lelaki

sayang x sayang Allah tu dekat perempuan, sampai perempuan dikasihi macam tu sekali dekat dunia

tengok pula, bila seorang lelaki berjaya

orang akan cakap

'disebalik kejayaan seorang lelaki terdapat seorang perempuan di belakangnya'

kita x pernah dengar orang cakap

'disebalik kejayaan seorang perempuan terdapat seorang lelaki di belakangnya'

kan?hebat x Allah jadikan perempuan tu?

masih x adil lagikah Allah dekat perempuan?

Allah sebenarnya terlampau adil dekat perempuan

sampaikan disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni

perempuan senang nak masuk syurga

tengok hadis ni

"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai."

(Hadis Riwayat Ahmad)

x adil lagikah Allah dekat perempuan?

oh perempuan, sedarlah

betapa sayangnya Allah dekat kita

betapa cintanya Allah dekat kita

tapi, kenapa kita nak rosakkan diri kita kerana fikiran2 negatif yg x berasas dekat Allah?

Allah jadikan perempuan tu sebagai hiasan dunia

bayang, dunia yg besar ni, dunia yg cantik ni, kita jadi hiasan

dan seindah2 hiasan tu adalah wanita solehah

kesiannya dekat kita kalau kita tolak untuk jadi seindah hiasan kan?

*bersyukurlah wahai wanita dan jadikanlah dirimu seorang wanita yang mampu mengubah dunia*
seindah hiasan adalah wanita solehah

KALIAN ANTARA YANG TERISTIMEWA DI HATI INI ..

Alhamdulillah, aku masih diberi peluang hidup di dunia ini lagi. hmm.. ku biarkan tangan menari bersama hati dalam mencoret ini. ya Allah, tak tahu mengapa hati inginn sekali menulis tentang mereka. Insan yang selama ini sentiasa di sisiku saat suka dan duka. InsyaAllah, aku memberi semampuku dalam coretan ini ..
 - hanan, amelina, humaira', maisarah, aina, ihsan, syafiqah, jeha, laila, farahin dan syuhada ..-


Apa yang kita alami demi teman atau sahabat kadang-kadang menyakitkan,
Tetapi itulah yang membuatkan persahabatan mempunyai nilai yang indah .
Persahabatan sering didatangi dengan pelbagai cubaan dan dugaan,
Tetapi persahabatan sejati bisa mengatasinya malah mengeratkan lagi tali persahabatan itu .

SAHABAT,
hulurkan tanganmu saat aku terjatuh,
pimpinlah tanganku bila aku tersesat,
hamparkanlah bahumu saat aku berduka,
peluklah aku bila aku berjaya ..







SAHABAT..
aku berharap kau selalu ada saat aku memerlukanmu,
tidak kira saat suka atau duka mennyinggah di hatiku,
atau saat aku hilang dahan untuk berpaut ..


SAHABAT..
inginku kau ketahui
aku amat menyayangimu ..
kalian telah menjadi tempat untukku berteduh..
dan kerna kalianlah aku bisa hidup di dunia ini ..







ku titip pesan buat kalian dan juga diriku

Temanku ,
dengarkan bicara hatiku yang ingin ku luahkan..
hatiku jadi bimbang tatkala kita semua leka akan
kehidupan dunia yang hanya sementara...
Temanku ,
tiada apa yang kita perolehi di dunia ini 
melainkan keseronokan yang hanya sementara..
tetapi masih ada yang tidak menyedarinya..
Temanku ,
kebimbanganku semakin bertambah
apabila memikirkan kita ummat akhir zaman
yang semakin lupa akan pencipta yang menciptakan kita
apakah ini semua akan terus berlaku seperti dahulu
zaman yang tiada cahaya Islam , jahiliyyah .. 


ya Allah,
Kau jauhilah kami dari segala kejahatan
syaitan yang selalu menggoda kami
Andai kami telah banyak melakukan dosa
Kau berikanlah kami peluang untuk 
kembali ke jalanMu, ya Allah ..
ya Allah,
Kau penuhkanlah hati kami yang 
kosong ini dengan ilmuMu
tautkanlah hati kami dengan
seindah agamaMu
Pupuklah semangat cinta kami terhadapMu
Didiklah lidah kami dengan bermunajat padaMu
ya Allah,
hidupkan kami dengan iman dan 
matikanlah kami dalam keredhaannya
Rahmatilah setiap apa yang kami lakukan..

Al-quran sebagai panduan petunjuk jalan..
Sunnah Rasulullah penerang pada kegelapan..
untuk kita sampai pada yang Maha Esa ..

 


aku sayang korang sume !!! :)
walau nanti kita terpaksa berpisah di dunia ini,
ku yakin syurga menanti persahabatan kita untuk bertaut kembali ..
aku pasti itu dan kalian juga harus begitu ..
andai suatu saat nanti pertemuanku lebih awal dari kalian untuk bertemu denganNya,
harus ingat aku sentiasa menyayangi kalian ..
andai suatu saat nanti kesetiaan kita diuji olehNya,
pastikan kalian terus setia dengan persahabatan ini ..

p/s : aku sayang korang sangad sangad !! :DD

Wednesday 8 June 2011

SIAPA KITA ? SIAPA PULA SAHABAT KITA ?

nak kenal seseorang itu, tengoklah siapa kawannya..

kita cakap,,kawan kita dah cukup terbaik untuk kita..
tp yg sebenar-benarnya.....

ciri2 sahabat terbaik:
1. bila kita pandang muka die, kita akan ingat pada Allah.
2. setiap kata yg keluar dr mulutnya akan menambahkan ilmu kita.
(kata org: tak kan 'sembang gebang' la..hehe)
3. kita akan cintakan akhirat bila tengok pd amalannya plak.

haa..dah abis pn..ape?? sikit?? yup,,3 ciri ini sahajalah cukup untuk melabelkan teman kita 2 adalah sahabat terbaik kita..

so, siapa sahabat terbaik kita sekarang ni?? jawapan ada pd diri masing2..bg saya pn masih x jumpa siapa sahabat terbaik saya..

jgn sibuk cari sabat terbaik..

yes,,jgn hanya sibuk cari sahabat terbaik..sebaik-baiknya, ayuh la semua..
kita yg berusaha untuk menjadi sahabat terbaik kpd org lain..

*sama-sama kita berusaha menjadi yang terbaik antara yang terbaik .. :)

Tuesday 7 June 2011

kisah sorang abang dan adik kesayangannya ..

Ini kisah seorang abang sulung yang baik,  dan dia sangat menyayangi adiknya.... 

"Abang sulung" ini adalah seorang anak yatim yang diambil dan bersama dengan satu keluarga angkat....
Dia diambil kerana keluarga itu mempunyai seorang sahaja anak perempuan...
Anak perempuannya kini sudah berusia 17 tahun...
Keluarga itu dulunya mempunyai pembantu rumah, tetapi dia berubah pendapat dan mengambil anak lelaki ini sebagai anak sulung mereka dan abang kepada anak perempuan mereka, kerana mereka yakin seorang anak lelaki ini akan menjaga anak perempuan mereka dengan lebih teratur...
Anak lelaki ini teruja, dan dia mengambil tanggungjawab ini dengan tenang dan gembira... 
Sekarang dia telah mempunyai seorang adik perempuan, dan tidak begitu rapat dengan adiknya...
Kisahnya kerana anak perempuan itu tidak terjaga dari kecil kerana keluarga itu selalu sibuk dengan kerjaya mereka....
Setelah seorang "abang" diambil di dalam keluarganya....
Budak perempuan itu tidak seronok kerana terasa seperti diganggu...
Tetapi walau bagaimana perasaan dan perangai adik perempuan itu, Dia tetap lalui dengan tabah dan gembira....

"Di hari pertama bersama keluarga...
Pada pertama kali, aku keluar ke KUALA LUMPUR bersama adik perempuanku, dia ingin membeli barang, berbagai jenis barang perhiasan yang ingin dibelinya, dan tiba-tiba dia meminta anak patung besar yang beratus ringgit nilainya, aku terdiam dan bertanya kepadanya sekali lagi, riak wajahnya berubah dan berdiam diri...."
Walau dia menganggap aku seperti 'penjaga' sahaja, aku tetap memberinya dengan gembira....
Kerana bagi aku nilai adikku jauh lebih mahal dari segala barang yang diminta....

"Hari cuti umum tiba...
Aku diberi permintaan dari adikku untuk menghantar dia ke bandar, atas alasan ingin keluar bersama kawan-kawan.... Aku menghantar adikku dan berpesan supaya menjaga dirinya diluar sana, dia tidak memberi sebarang tindak balas, tetapi aku terus tersenyum... Sehingga tepat jam 6 petang dia menelefon aku supaya mengambil dia pulang... Dia bersuara tegas, dan menyuruh aku supaya cepat mengambilnya atas alasan risau jikalau jalan raya sesak dan lewat pulang ke rumah..."
Walau dia menganggap aku seperti 'driver'  sahaja, aku tetap tersenyum mengambil adikku sehingga pulang ke rumah....
Kerana aku lebih suka melihat adikku gembira kerana itu akan membuatkan aku tenang...

"Setelah sekian lama bersama...
Di suatu hari aku disuruh keluargaku menemani adikku keluar melakukan aktiviti di Gunung Pulai, Johor... Aku disuruh kerana keluargaku risau akan kelakuan orang luar terhadap adikku... Aku bertanya waktu dan tarikhnya kerana aku takut jikalau aku tidak mempunyai masa kerana sibuk melakukan kerja penting di kolejku ini..... Setelah diberitahu, aku melihat jadual dan aku tidak mempunyai sebarang aktiviti penting, aku bersetuju menemani adikku, tetapi dia memarahi Ibu kerana dia tidak suka aku mengganggu dia di luar, atas alasan malu dengan kawan dan terasa seperti terlalu terkawal... Aku kasihan melihat Ibu dan Ayah yang memberikan riak wajah yang muram... Akhirnya, aku memberitahu adikku, 'baiklah, abang hanya akan menemani adik kesana, tetapi abang tidak akan mengganggu dan dekat dengan adik sehingga hari terakhir ya...' dia bermasam muka dan terus menyembunyikan dirinya di dalam bilik, Ibu menunjukkan riak wajah yang Ibu sangat risau...
Aku memujuk Ibu supaya tidak perlu takut kerana aku akan menjaga adikku dengan sebaik mungkin, Ibu gembira dengan kata-kataku dan riak wajah Ibu berubah menjadi biasa...."
Walau aku dihalau jauh dari adikku dan tidak dibenarkan dekat dengannya, tetapi hatinya sentiasa dekat dan berada didalam hatiku....
Kerana aku lebih menyayangi adikku lebih daripada barang perhiasan diriku...

"Tiba hari untuk bertolak...
Setelah bergerak ke destinasi, aku menunaikan apa sahaja arahan dari adikku, sehingga suatu petang, adikku bersama kawan-kawan sedang bergembira di dalam hutan, aku mengekori jejak langkah mereka dengan senyap... Mereka kelihatan gembira bergurau, sehingga tiba waktu petang mereka berehat... Aku yakin bahawa mereka selamat, aku ingin pulang ke rumah tumpanganku, tetapi aku terdengar kawan-kawan adikku ini bertanya tentang perasaan adikku terhadap aku setelah aku masuk kedalam keluarganya... Dia menjawab 'abang aku itu ok sajalah, kadang-kadang aku bosan dengan dia, buat kerja tak betul, aku suruh buat satu kerja pun lambat, (mengeluh) kenapalah aku dapat abang yang teramat nerd tu ya...??'
Aku mendengar dari jauh, dan terdiam diatas segala kata-kata adikku itu...."
walau terasa dihina aku tetap tabahkan hati menjaga adikku...
Kerana aku tahu aku ini tidak bernilai baginya, tetapi adikku amat bernilai bagiku...

"Malam kian menjelma....
Mereka dengan gembira ingin bertolak asrama mereka, dan dalam pergerakan pulang, mereka ternampak aku sedang tidur dibawah pokok... Adikku begitu marah dan mengejut aku dari tidur.... Adikku berkata kepada kawan-kawannya yang aku datang untuk mengintai mereka semua dan bermacam lagi, aku terperanjat atas rekaan cerita adikku dan hinaan yang teruk ke atasku... Aku terdiam, aku ditolak dan kepalaku berdarah kerana terhantuk dikayu besar, kepalaku terasa pedih dan pening, aku diberi arahan dari adikku supaya meninggalkan mereka sendirian, mereka pergi tinggalkan aku, dalam keadaan pening dan luka, aku terlihat ada seekor ular besar diatas dahan yang berhampiran dengan adikku, aku suruh mereka ketepi, tetapi kata-kataku itu sedikit pun tidak dilayan...
Aku bergegas berlari mengejar adikku, setelah aku menolak adikku ketepi, dan dia terjatuh bersama kawan-kawannya... Dia menjerit dan berkata 'hoi! kau gila ke, sakit kau tahu tak!'
 Beberapa saat selepas itu, ular itu jatuh dan mematuk di pergelangan lenganku.... Aku terus pengsan dan luka berdarah, adikku menjerit terkejut dan terus menyuruh kawan-kawannya memanggil penjaga kawasan itu supaya mengangkatku ke hospital..."
Walau aku terpaksa melukakan diriku untuk menyelamatkan adikku, aku tetap tabah lakukannya...
Kerana seorang adik itu adalah satu anugerah dari tuhan untuk menceriakan kita sekeluarga....

"Di akhir waktu...
Aku berada didalam keadaan sakit teruk didalam hospital, adikku menangis kesedihan dengan perbuatannya terhadapku, dia tersandar dan terdiam diluar, dia terasa amat berdosa kerana membiarkan abangnya selama, menyeksa abangnya dan tidak menghiraukan abangnya selama mereka bersama... Setelah itu semua berlaku, dia baru mengetahui segala apa yang aku lakukan selama ini adalah untuk menjaga, melindungi dirinya dan kerana aku sayangkan dia seperti adik kandungku sendiri.... Dia terus bersedih kerana risau akan dosa yang dilakukan terhadapku...
Bagaimanapun aku tetap tersenyum, kerana dapat melihat adikku berada dalam keadaan sihat dan tiada sebarang kelukaan dibadannya...."
Walau apa sekali aku lakukan, aku tetap meningati adikku, walau apa sekalipun dosa yang dilakukan, aku tetap maafkan kerana aku percaya dia akan berubah suatu hari nanti... Kerana dialah yang akan memberi aku menumpang gembira, berkongsi cerita, pendapat dan pengalaman....
Kerana aku seorang abang dan aku perlu lakukan tanggungjawab sebagai seorang abang....

<span>ABANG SAYANGKAN KAMU SEMUA ='</span>)
Dicipta dari seorang lelaki pakar,
~ Azfar a.k.a Zack ~

*dicipta oleh seorang abang yang memang abang .. :)

kecekapan membaca, keletihan mata ..

  1. erm,nk cakap sikit dekat awak.. baca NO 5
  2. Mmmm..cmnar na cakap? baca je la NO 8
  3. na tahu ekh? ermm , baca NO 9
  4. huh, drpd pening baek baca jap NO 15
  5. cmna ek na cakap.. NO 17 je k..
  6. kite nk ckp skrang tapi lebeh baek baca NO 16
  7. kite akan ckp tp baca dulu NO 2
  8.  yg kite nk ckp neh simple ja..tp baca dlu NO 4 k?
  9. tak payah la b’debar2 cm2..cume baca jap NO 18
  10. Blom lg la..baca NO 19 ye..
  11. da pnt ke? Baca jap NO 13
  12. sbnrnye kite nk ckp kalau...(ah baca no 3 la)
  13. tggal sikit ja lg bce NO 20
  14. argh,pnt nih..bce NO 1
  15. adush,dah pning dh ni.. baca la NO 6
  16. laa, masih tak phm lg ka? Baca NO 12
  17. ades, nk ckp nih..baca NO 7
  18. kite ta tahu klu awk paham..tlg baca NO 10
  19. Baca NO 11 dgn tenang ye..nanty awk akan tahu..
  20. okex okex,skg kite ckp..bce NO 14, tp slow2 tau

Thursday 2 June 2011

cutelah awk nie . ~

~CUTE LA AWAK NI~

Elly bangun tidur. Terus ke meja study. On laptop.

Password : ******

~~~~~~~~

Welcome

Cursor di arah ke YouCam.

“nak snap pic dulu la. Muka baru bangun tidor..yeeaaahh!!”

Klik..klik..klik…

Save in…’aku cute’ folder.

Cursor di arah ke Celcom..double click! Connect…

“Yes! Dapat pun connect. Ingatkan dah terminate..hehe”

www.facebook.com

email password

aku_cute@yehaa.combact ******

upload photo

create album : buchuk baru bangun tdo!ngee~

location : -

“da settle da upload..yes!”

Muhd Khairy likes your photo

Boboy commented on your photo

Haziq, haikal, boboy and 26 others friends commented on your photo.

“Giler banyak..hehe baru je letak kot”

Boboy : awk ni cute sgt la..mcm amoy!

Khairi : cun abis~

Haziq : sgt comel la dia br bngun tdo..alolo~

Elly : eh..xla..mne ade..trime kasih..xcute pun…

1 message received

Opening……

Unknown :

“wah..cantik gambar. Awak ni memang suka tayang muka kat orang ke? Tahu la muka tu cantik tapi tak perlu lah nak tayang sangat der. Jaga la muka tu untuk suami. Kalau setakat 2 3 gambar ok jugak tapi kalau dah bangun tidur pun awak nak bagi tunjuk kat orang, koyak la macam ni..koyak iman kaum adam weh…nak bertanggungjawab ke kalau iman lelaki koyak disebabkan awak?? Saya tengok gambar awak yang da lama bangun tidur pun macam baru bangun tidur je sebab tak bertudung. Setahu saya orang baru bangun tidur, tak bertudung. Lagipun dress up awak gempak sangat la…baju mahal tapi kain sikit. Duit dah banyak keluar beli baju, tapi ketat-ketat jugak. Saya yang tengok ni pun dapat rasa sempit dada pakai baju macam tu. Bukan sengaja nak tengok, dah korang tunjuk, susah la saya & lelaki lain nak jaga pandangan. Tolonglah kasihankan ktorang ni. Ni yang saya nak tanya sangat ni..gambar awak yang lain mata semua hitam2 dek celak, bibir merah dek lipstick memang macam anak patung la. Rajin pulak korang make-up macam tu kan?hehe agak-agak antara pakai make-up dengan berwudhuk, mana lebih cepat & senang? K la..saya tahu awak tahu y awak sendiri TAHU y awak tengah mendedahkan aurat awak pada orang yang tak sepatutnya. Janganlah jadi perosak iman kami. Terima kasih luangkan masa..salam =) ”

Logout

wallahu'alam~

* bukan nak mengata, tapi untuk ambil pengajaran bersama.. insyaAllah, Allah sentiasa bersama kita .. :)

sambungan mak ..:)

assalamualaikum.
alhamdulillah, diri ini masih lagi diberi kesempatan hidup di dunia ini. seperti yang dijanjikan, saya akan menyambung kisah mak yang sebelum ini .. :)

28 NOV 2010, jumaat ..

12.30 malm tu abang sulungku telefon, katanya dia sudah ada di luar rumah kakakku untuk membawaku pulang n9. alangkah gembira hati saat itu ya Allah .. aku bergegas keluar dari bilik dan memberitahu kakakku mahu pulang ke n9. lalu aku keluar rumah sambil berlari menuju ke kereta abang sulungku. ya Allah , bersyukur sungguh aku saat itu . akhirnya dapat juga aku pergi hospita melihat ibu. kira-kira jam 3.30 pagi, kami sampai di perkarangan hospital seremban . walaupun sudah lewat pagi, namun masih ramai orang di situ. aku dan abangku terus meluru masuk ke dalam hospital. kami disambut oleh abg ketigaku, rejab namanya . dia memberitahu kami mak diletakkan di ward 3b. kami pun terus pergi ke arah lf namun di halang oleh guard di hospital itu. setelah abangku merayu, akhirnya aku berkesempatan pergi melihat mak .. suke ! :) sampai di ward, ku lihat mak sedang nyenyak tidur bersama pakaian hospitalnya. macam lawak .. :) disisinya, nana kakakku sedang tidur yang hanya kepalanya di katil. kemudian, aku kejut kakakku. mak tersedar tiba-tiba. mak memandang sayu ke arah aku dan abangku. kami melihat mak dengan senyuman. seketika kemudian, abangku mahu balik ke KL semula kerana esok anaknya mahu ke sekolah. aku berkata kepada kakakku, "kak, kau nak balik, baliklah . aku boleh jaga mak kat sini. sempat lah kau nak pergi kerja hari ni " " kau boleh ke jaga mak ni ?" " boleh" "aku balik eh, esok aku datang abes kerja" "oke". 10 minit selepas itu kakakku pulang. dan aku teman mak di hospital itu.3 hari berturut aku tidak tidur, khawatir akan keadaan mak. esok harinya, hari sabtu doktor menemuiku dan memberitahu bahawa mak menghidap barah otak. aku dengan tenang menerimanya tetapi dalam hati ya Allah, Tuhan saja yang tahu . hari ahad esoknya, doktor kata mak harus dibawa ke hospital kuala lumpur. aku menelefon kakakku dan memberitahunya. satu jam kemudian kakakku sampai bersama suaminya. setelah selesai sign surat apende ntah, mak di bawa masuk ke dalam ambulans. aku mengikut mak dalam ambulans. kakakku pulang ke rumah mengambil barang-barang keperluanku serta mak kerana aku yang akan menjaga mak di sana nanti ..

sampai di HKL, mak di bawa ke bilik sementara macam tulah sebelum dipindahkan ke ward. 10 minit kemudian abang sulungku dan kak nini sampai. syukur aku ada juga abg dan kakakku , kalau tak , aku sendiri tak tahu mahu buat apa. tak lama kemudian, mak dihantar ke ward di bahagian kaji saraf . hhoho ! dalam ward tu sume yang barah-barah kat kepala ni .. risau betol tengok. mak diletakkan di bahagian kritikal. nurse kata mak tak boleh dijaga. aku dah nak marah dah time tu tapi sabar jela . aku pujuk nurse tu nak jaga tetapi tetap tak boleh, akhirnya aku balik ke rumah abang sulungku yang berdekatan dengan HKL. baru malam itu aku tidur, setelah 3 hari aku tak tidur. namun tidurku pastinya tak nyenyak. esoknya, pagi lagi aku suruh abangku menghantarku ke HKL. sampai di hospital, aku lihat mak sedang baring memandang dinding. aku datang padanya, memeluk seeratnya dan mencium dahinya. aku tanya pad mak " best tak tidur hospital malam tadi " tetapi mak sambut pertanyaanku dengan muka yang mahu menangis . ya Allah , sungguh aku menyesali pertanyaanku. petangnya, mak diletakkan di tempat yang tak kritika. yay! kat situ mak boleh dijaga jadi aku isi borang untuk menjaga mak. 7.30 malam abangku datang untuk menjemputku, namun aku memberitahunya mak dah boleh dijaga. setelah dia melihat dan brak-borak dengan mak, abangku pulang tanpa membawaku bersama .. :) dapat jaga mak !! :) hari-hari yang ku lalui di sana amat membosankan namun demi ibu yang tercinta aku sanggup apa sahaja. hari ke hari ada saudara yang mengunjung, saat mereka mahu pulang pasti ibu membuat muka yang mahu menangis. sebak aku! tetapi aku ingat pesan kakak " jangan nanges depan mak ". dan keran itulah , aku berusaha sedaya upaya supaya airmata ini tidak jatuh didepannya. ya Allah, dongak dongak ke atas nak elakkan airmata jatuh.. sape tak sedih oii !! pada suatu hari, ibu kena sawan, bukan sawan babi oke.. sawan ni memang akan kena kepada orang yang menghidap barah seperti mak. tangan mak gerak-gerak macam menggigil tu tapi tak kuat. aku pun teruskan mengaji sambil memegang tangan mak. tetapi makin lama makin kuat getaran itu, lalu aku pun memanggil nurse. nurse tu tengok mak pastu tinggikan sikit mak punya katil pastu blah . huishh !! sakit je hati .. nak tampar je nurse tu tapi kesabaran masih ada. aku pandang nurse tu ergi dengan muka tak puas hati. tak lama kemudian mak mutah, terjerit-jerit aku panggil nurse .. heheh ..pastu nurse datang tengok. nurse2 di sana bersihkan mak dan seepas tu mak di bawa ke bilik scan. time tu baru aku call abangku. sebab dah tak tahu nak buat apa. tak lama lepas tuh, abangku sampai dan kami pergi ke bilik scan. tunggu mak kat luar. pastu nampak nurse yang bawak mak masuk bilik scan tadi . mak di bawa ke ward dan diletakkan di bahagian kritikal semula. aduih!! lagi sekali tak dapat jaga mak. tengok muka mak time tu lesu sangat tapi nak buat cane pujuk punya pujuk kat nurse tu still tak kasi . aku pon pulang bersama abangku. esoknya hari sabtu, kak nana call cakap dia nak datang tengok mak dan nak jaga mak minggu tu .. aku pon okay jelah. sampai di hospital, abangku memberitahuku, surat pindah sekolah dari IQKL dah sampai semalam, aku lupe nak bagitahu, aku pon ohh.. malas nak pikir pasal sekolah, hehe .. kira-kira pukul 1 petang kak nana sampai. aku salam dengannya. ktorang borak-boraklah. nak borak dengan mak tak boleh sebab mak macam tak paham apa yang kitorang cakap. tapi kadang-kadang cakap juga dengan mak takut dia sunyi ... :) malam tu, kak nana ingat nak jaga mak, tapi mak kat bahagian kritika so tak boleh jaga. hadoiii ! kitorang pon dah pening . hari tu papa datang dengan kawan dia. papa tu abang saya ..:) tanya dia pg tak ikut ke ? dia kata pg tak nak.. pg itu pun abg saya ..:) abg ats saya ..okelah.. kira-kira pukul 6 kak nini pulak sampai. lepas tengok mak, aku dan kak nini keluar pergi beli barang nak sekolah nanti. belilah semua baju-baju sekolah menegah biasa tu kan .. padahal tak nak pon pindah sekolah, tapi sebab mak sanggup . malam tu pukul 10 kak nini hantar aku ke hospital semula. aku lihat kak nana dan suaminya ada di luar ward . aku tanya dia kenapa kat luar, dia kata nurse tu suruh keluar. habis tu? kita nak balik ke nak duduk sini ? kitorang confused ! aku tapau nasi untuk kak nana ngan uncle pendy, heheh uncle pendi tu abang ipar geli nak panggil abang ikut anak buah panggil uncle pendy. lepas makan, kak nana cakap amiklah barang-barang kau kat dalam, aku tunggu kat luar..aku pun masuk dalam ward.tengok mak, aduhh .. jadi sayu lak tiba-tiba . mak memandangku sayu, aku senyum padanya .. :) menyimpan duka di hati ..:( aku pun kemas barang-barang. habis kemas barang, aku usap rambut mak sambil zikir kat telinganya. rutinku yang ku selalu lakukan apabila bersama mak .. mak lelap mata , dengan perlehan aku melangkah kaki meninggalkan ibu.. baru 2 langkah , aku pusing balik. berat nak tinggalkan mak. tak lama pastu aku pergi jugak tapi sampai kat pintu aku pusing balik. lebih kurang 3 kali aku buat benda yang sama. tak tahu kenap berat sangat nak tinggalkan mak .. haish. kali keempat aku terus bukan pintu keluar dari ward yang di dalamnya ada insan yang sangat ku sayang. sampai di luar, kak nana tanya asal kau pusing balik . aku pun ketawa kecil. namun di hati ada resah yang melanda. dia tanya keadaan mak, aku kata macam kau cakap tadilah. macam tu jelah .

kami pun berjalan menuju ke tempat letak kereta, pastu masuk dalam kereta. dalam kereta, kak nana bersuara, eh! nak balik tak nak ha ? aku diam seribu bahasa, uncle pendy pon diam jugak . kak nana tanya lagi, nak balik tak nak ha ? aku pun bersuara, ntahlah nak balik tak nak ha ? kitorang sume bingung!! =.= tak tahu mahu buat apa.. pastu uncle pendy tanya nak balik tak nak? kalo tak nak duduk je kat sini, kalau nak jom balik . aku ngan kak nana still diam .. haduihh ! tulah keputusan yang paling susah nak putuskan .. tapi, akhirnya kami balik jugak nilai rumah kak nana .. sampai di rumah kira-kira pukul 1.30 pagi.. kami terus tidur kerana esoknya kami nak tengok mak kat spital ..:) aku pun tidur. esoknya, kami bersiap-siap untuk pergi ke hospital. tengah siap-siap, fon bunyi ..! hehe aku angkat dan yang telefon tu, nurse HKL dia cakaplah "ni baity ke" "aah, knp ek ?" " ada kat mana sekarang ni ye ?" " kat nilai otw nak g HKL lah " pastu dia kata apa tau "ada tak saudara mara yang terdekat, doktor nak jumpa sekarang " aku pun "okay okay, saya call abang suruh dia datang sekarang " " okay , terima kasihh " ..tuutttt .. aku pun call abang sulungku, suruh dia pergi hospital sekarang sebab doktor nak jumpa dia pon kata okay. aku dengan kak nana pun gerak dari nilai. dalam perjalanan, abang sulungu call aku... dia kata " dik, mak dah takde " aku pun " hehe, maen-maen lah abg adi nih " lalu abangku " ape pulak aku maen-maen, btollah " dengar nada tegasnya itu, aku terpaku seketika dan kata " okay " terus ku putuskan perbualan. aku pun bagitahu kak nana mak dah takde. aduhhh !! dalam kereta tu penuh dengan airmata , tak tahan oo .. aku dan kak nana menangis dan menyesali perbuatan kami malam tadi. kalau tahu mak nak pergi, takde balik nilai malam tadi ..:'( .. tapi nak buat macam mana takdir jodoh pertemuan ajal maut di tangan tuhan bukan ?? kami terima walau berat .

sampai di hospital, aku telefon abangku nak tanya di mana mak . abang cakap mak kat ward icu . sungguh pelik sejak bila pulak mak aku kat situ ?? =.= hmm .. tapi kitorang pergi jelah kat icu . sampai kat situ, dari jauh nampak abang tengah duduk tercangkung memegang kepala. aduhh . aku tanya abang dimana mak . abang bawa aku dengan kak nana masuk dalam ward . ya Allah , tengok mak .. bajunya penuh dengan darah .. mengapakahh ?? apa yang terjadi kat mak ni ?? airmata sungguh laju menitis . tak tahan rasanya . kak nana lagilah, tengok mak terus dia meraung raung .. mana tak oii !! kak nana cakap " bangang hospital ni, cane mak boleh darah darah macam ni " " detect sakit kain tapi sebab meninggal lain " " tengoklah, aku saman hospital ni nanti " hohoho .. power kak nana. tapi lepas tu kak nana ditenangkan oleh suami dia . aku pegang tangan kak nana pastu cakao " dahlah kak, dugaan tuk kita jangan nangis " padahal yang cakap kat dia ni airmata jatuh je tak berhenti henti. hehe .. yalah kak nana marah tu betul gak, mak kan sakit barah otak tiba-tiba meninggal sebab serangan jantung . tapi ketentuan Allah kan , sape tahu ..

mak dibawa ke bilik mayat. kak nana settlekan mandi jenazah ngan kapan sume tu .. aku dengan mak je dalam bilik mayat .. boleh lagi peluk mak kat dalam tu sambil zikir ..:) .. tak lama pastu, kak nana datang cakap, kita mandi mak kat surau kat luar ni dik, dekat je . aku pon okay jela. naiklah van jenazah pergi surau tu . aku, kak nana, kaka nini, mak sedare, dengan sorang mak cik kat situ yang mandikan mak. mak dikafankan dan dibawa pulang ke n9 .. =.= ..lama juga nak bawa balik kampung. tak tahu lah kenapa lama sangat . sampai kat jelebu, kampung aku . ami berhenti di masjid lama sebelum di bawa ke kubur. mak disolatkan lagi sekali di jelebu. kain yang menutupi muka mak dibuka, ada saudara mara yang tak cium. time makcik tu nak tutup, aku tengah nk cium mak terbantut. mak cik tu tanya " nak cium mak ke ? " aduhh soalan dia, mestilahh .. pastu mak cik tu cakap " takpelah anti kat kubur ciumlah, eh ?" aku pon mengangguk sambil muka masam . mak dibawa ke tanah perkuburan. sampai di situ, mak terus dimasukkan ke dalam liang lahad . aku nak mula menarik muka, ingat lagi mak cik tu cakap kat kubur tapi mak dah nak masuk dalam kubur .. :( .. aku tarik tangan kak nana, kak nana pandang terus panggil makcik tu.. mak cik bawa aku betul2 kat tepi liang lahad tu. mak cik tu jerit-jerit cakap " ni ank bongsu dia nak cium dia tadi ni, hei! ni baity nak cium mak dia ni ! " tapi orang yang nak masukkan mak kat dalam kubur tu seolah-olah tak dengar. padahal abang-abang aku sendiri je .. hmm.. sedih sedih .. kubur mak sebelah dengan kubur ayah, best betul . selepas mak dikuburkan aku duduk di tepi kubur ayah sambil menangis, terkilan tak dapat cium mak . pastu kak nana datang cakap " dahlah dik, jangan nangis lagi " aku jerit jerit kat kat situ " cakap cium kat kubur tapi tak dapat pon " aku jerit sekuat hati . macam macam yang ku katakan .. sejenak kemudian, baru ku sedar apa yang ku lakukan itu salh . aku istighfar dalam hati .. selesai talkin, semua orang beransur pulang. tinggal aku dan adik beradikku di kubur. aku letak kepalaku di atas kubur mak . kakak mahu pulang bersiap untuk tahlil malamnya, namun aku tetap berkeras. tak lama lepas tu , temanku call, laila cakap dia dah sampai kat masjid tadi tu. aku cakap mak dah dikebumikan. seb baek dia call kalau tak lama lagilahh aku kat kubur padahal dah pukul 7.30 malam time tu. aku pun pergi dari tanah perkuburan dengan airmata dan pergi ke masjid untuk bertemu laila .. akhirnya sebuah riwayat seorang insan yang bergelar mak ..:) ..

kepada kalian yang masih punyai ibu, hargailah dia sepenuhnya. dia insan yang sangat sangat bernilai dalam hidup ni . tanpanya tiadalah kita . walaupun berat, aku harus meredhakannya pergi meninggalkanku. ha ! jaga ibu leklok ye .. jgn buat ibu sakit hati ! hati ibu mudah terusik taw !! ;)

*ni jelah kot yang mampu diceritakan .. kalo ade yg ta phm tu, buat2 phm la ye .. SELAMAT MEMBACA KISAH SAYA .. :)