''Hatiku sanggup mati ditolak insani namun bukan Ilahi. Jiwaku sanggup kosong tanpa kasih insani namu bukan Ilahi. Marilah kita bersama-sama menggapai kasih Ilahi''.

Tuesday 28 August 2012

Dia :')

Bismillahirrahmanirrahimm.


Untuk adik..


Pertemuan antara kita terlalu singkat
Dalam pendeknya pertemuan itu
Kau berjaya menjadi antara insan
Yang teristimewa dihati aku.

Aku tidak pandai bermadah kata
Tidak pula pandai bermanis bicara
Tetapi yang aku tahu
Aku tidak pernah lelah dalam menyayangimu.

Ya Allah, 
Engkau pertemukan aku dengannya.
Engkau suburkan sayang aku terhadapnya
Engkau tanamkan rasa rinduku padanya.

Makanya ya Allah,
Engkau kekalkan hubungan kami
Hingga ke syurgaMu
Cuma itu aku pinta


Sayang,
Jadikan pergaduhan kita satu kenangan 
Yang bisa kau kenang suatu hati nanti
Jadikan ketawa dan airmata kita
Sebagai nostalgia kau di hari kelak.

Ya Allah,
Seandainya Engkau uji kami dengan kesetiaan
Tabahkan dan tetapkanlah hati kami dengan rasa sayang ini.
Seandainya aku mendahuluinya dalam pertemuan denganMu,
Engkau pesankan padanya.
Aku disini menyayangi, merindui dan mengasihinya.


Semua yang aku lakukan kerana aku sayang padamu.
Semua yang aku lakukan hanya mahukan yang terbaik untukmu.
Andai terguris hati dengan tingkahku, maafkanlah.
Aku hanya insan biasa. Hanya mampu berserah.

Aku sayang kau kerana Tuhanku.
Aku tahu kenapa DIA menghantar kau untuk aku.


Akak mintak maaf jika ada salah silap. Ini yang mampu Akak lakukan. Mungkin terkadang bibir terlepas dalam menutur bicara. Cuba Akak mohon pengertian dari Adik.

Akak sayang Adik :')


*MAAF. Saya ter'EMO' pulak malam ni.*




No comments:

Post a Comment