''Hatiku sanggup mati ditolak insani namun bukan Ilahi. Jiwaku sanggup kosong tanpa kasih insani namu bukan Ilahi. Marilah kita bersama-sama menggapai kasih Ilahi''.

Saturday 13 October 2012

Selamat Hari Lahir, sayang..

Assalamualaikum.

Post kali ini untuk insan yang tersayang. Adik saya. Tanggungjawab saya. Sayang saya. Hari ini birthday dia :)

Untuk Adik..

Assalamualaikum sayang..
Selamat Hari Lahir! Semoga panjang umur dan murah rezeki. Semoga berjaya dalam hidup dunia & akhirat. Semoga cepat khatam. Semoga menjadi insan yang lebih baik dan berguna di masa hadapan.

Sayang,
Akak tahu adik akak baik. Haa, dah meningkat umur ni, kena jadi lebih matang lagi.  Buat sesuatu fikir tentang orang sekeliling. Orang tersayang, ibu, papa, family. Jangan buat benda tak elok. Belajar rajin-rajin. Nanti boleh jadi doktor! Hehe. Wahh, Doktor Balqis. Hmmm :)

Adik,
Hidup ni banyak dugaan. Allah uji bersebab. Mesti ada hikmah Dia nak tunjukkan. Jangan cepat mengeluh bila ujian datang. Adik, kadang-kadang dalam hidup ni tak semua yang kita nak, kita akan dapat. Tak semestinya apa yang kita suka, terbaik untuk kita. Dik, hidup ini satu ujian. Setiap ujian itu berlainan. Macam tu jugak Allah uji adik dan akak. Berbeza. Tapi semua itu untuk satu tujuan. Untuk meningkatkan keimanan kepada Dia. Ingat, sabar dengan ujian. Ujian boleh bagi pengalaman. Pengalaman boleh bagi pengajaran. Pengajaran boleh mematangkan kita.

Adik,
Dianugerahkan amanah dan tanggungjawab kepada semua hamba Allah. Dan adik adalah amanah akak. Sayang, atas nama amanah.. Bicara ini dilafaz agar tidak tersilap langkah. Dik, akak tak hebat dalam bermadah bicara. Akak tak pandai nak tambat hati adik. Tapi akak tak pernah berhenti untuk tambat hati adik akak.

Adik, 
terima kasih kerana menjadi insan yang istimewa dalam hidup akak. Kalau ada masalah, akak sanggup dengar masalah adik. Kalau adik ada nak share dengan akak, akak cuba untuk sentiasa bersama adik. Cuma satu permintaan akak, jadi adik yang baik :)

Sayang, 
Sempena Hari Lahir awak ni, akak nak mintak maaf kalau ada salah silap. Happy-happy yaw! Jangan nakal - nakal taw!

Dengan nama Allah, 
akak sayang awak, adik akak Balqis Fatini Mohamad Nasser.


Happy Birthday Sayang! :D

2 comments: