''Hatiku sanggup mati ditolak insani namun bukan Ilahi. Jiwaku sanggup kosong tanpa kasih insani namu bukan Ilahi. Marilah kita bersama-sama menggapai kasih Ilahi''.

Wednesday 17 July 2013

Ukhuwwah

Bismillah Ar- rahman Ar- rahim ..

Apa yang membuat ukhuwwah itu indah?
Pengorbanan. Tanpa pengorbanan, kita tidak namakan hubungan itu satu ukhuwwah.

Bukan semua orang faham berkenaan ukhuwwah. Ya, kita sayang sahabat kita. Tetapi, apakah sahabat kita itu faham makna ukhuwwah seperti yang kita faham? Kalau kita faham bahawa ukhuwwah tertinggi ialah itsar, ( melebihkan sahabat dari diri sendiri ) dan ukhuwwah yang terendah adalah berlapang dada, apakah sahabat kita faham perkara yang sama? Kalau sahabat kita faham, apakah dia akan kuat untuk menggerakkan kefahamannya dalam amalan?

Ya.. Jangan harapkan apa apa daripada sahabat kita.
Ya.. Kita perlu korbankan masa kita untuk sahabat kita.

Kita korbankan ruang jiwa kita untuk sahabat kita.
Kita korbankan harta kita untuk sahabat kita.
Kita korbankan apa sahaja. Semuanya untuk ukhuwwah kita.

Ukhuwwah dibina atas dasar keimanan. Daripada keimanan berbuah keikhlasan. Keikhlasan ini membuatkan kita mengasihi sahabat kita tanpa meminta balasan apa- apa.

Jadilah sahabat untuk orang lain, dan jangan sesekali kita tuntut orang lain menjadi sahabat kita.

- Hilal Asyraf



No comments:

Post a Comment