''Hatiku sanggup mati ditolak insani namun bukan Ilahi. Jiwaku sanggup kosong tanpa kasih insani namu bukan Ilahi. Marilah kita bersama-sama menggapai kasih Ilahi''.

Saturday 21 May 2011

Bismillahirrahmanirrahim ..

Segala pujian bagi Allah s.w.t , Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam disampaikan kepada junjungan Nabi Muhammad s.a.w , keluarga serta sahabat-sahabat baginda.

Ahlan wasahlan kepada kalian di atas kesudian menyinggah di ruangan saya ini. Semoga apa yang tertulis di sini akan diredhai Allah dan mendapat impak yang bermanfaat bagi yang membacanya. InsyaAllah. Allah sentiasa ingin hamba-hambaNya berjaya. Tidak salah seandainya saya berkongsi ilmu pengetahuan atau mungkin pengalaman saya.

Setiap makhluk yang bernama manusia ada kelemahannya. Tahap kemuliaan dan kemurnian hatinya ada masa turun ada masanya naik, begitu juga dengan keazaman serta semangatnya. Ada ketika ia berada di tahap yang amat meyakinkan namun adakalanya boleh berada di tahap yang amat membimbangkan. Oleh itu, setiap masa kita perlukan sesuatu bagi menggilap semula hati yang semakin tebal dengan debu-debu noda dan hati yang semakin pudar warna keceriaannya. Mungkin juga ada bahagian yang harus diperbaiki dan diubah. Tetap ini semua terpulang kepada manusia itu sendiri. Allah tidak akn mengubah nasib seseorang itu kecuali dirinya sendiri yang ingin berubah dan berusaha untuk berubah. Dalam usaha untuk memperbaiki kemuliaan diri dan kemurnian hati memerlukan dorongan dari pelbagai aspek.

Saya harap sedikit sebanyak penulisan saya boleh membantu kalian yang ingin berubah. Kita hanya harus berusaha, ikhtiar, tawakkal dan akhirnya berdoa pada ya Rabb. InsyaAllah, segalanya akn dipermudah olehNya. insyaAllah, semua yang akan tertulis di lembaran akan datang akan memberikan kita sedikitt keazaman dan agar kita sentiasa menjaga hati dan tingkah laku kita berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah .

InsyaAllah ..



                                                                                                     ~ perindu sepi ~

No comments:

Post a Comment