''Hatiku sanggup mati ditolak insani namun bukan Ilahi. Jiwaku sanggup kosong tanpa kasih insani namu bukan Ilahi. Marilah kita bersama-sama menggapai kasih Ilahi''.

Monday 23 May 2011

Malu itu ..

Kadangkala kita mendengar bahawa dia itu seorang yang pemalu atau bahawa dia itu sifatnya pemalu, maka apa erti malu itu sendiri ? Sebenarnya erti malu itu sendiri adalah menahan diri untuk melakukan perkara-perkara keji dan maksiat.

Manusia yang dikurnia sifat malu tidak dapat dikategorikan bahawa dia termasuk dalam kalangan orang hina di hadapan Allah, manusia atau dirinya sendiri.

Sebenarnya, manusia yang dikurnia sifat malu adalah orang yang berkeperibadian mulia. Dia akan mulia di hadapan Allah , manusia dan dirinya sendiri.

Malu itu ibarat bisikan hati nurani yang bersemayam dalam jiwa seseorang. Perasaan ini dapat mengangkat jiwa seseorang dari seluruh kehinaan.

Perasaan tersebut mampu mengatasi berbagai permasalahan yang sepertinya mustahi seperti maksiat, penipuan, pencurian dan zina. Anda akan mendapati bahawa perasaan tersebut mengatakan : " bahawa saya lebih tinggi dari perbuatan itu , dan saya lebih mulia dari perbuatan tercela itu".


Hubungan antara kehidupan kalbu dan malu mempunyai pertautan yang amat erat sekali. Jika hati itu hidup, maka rasa malu akan semakin bertambah. Namun, jika hati itu mati , berakhirlah sebuah kehidupan, kerana seseorang tidak mempunyai rasa malu lagi, maka setelah hatinya itu mati terus perasaannya juga mati. Dia tidak akan dapat mengetahui perkara buruk apaagi yang hina dina.


Jangan hairan bila anda melihat bahawa ada orang yang begitu berani sekali untuk bermaksiat kepada Allah. Itu kerana dia tidak mampu lagi mengembalikan nilai-nilai kehidupannya secara utuh. Benarlah kata orang : "kehidupan manusia itu akan sempurna jika rasa malu itu bersenyawa dalam dirinya".


Nabi s.a.w. bersabda :
Ertinya : " cabang iman itu terdapat 63 bahagian, sedangkan malu itu sebahagian daripada iman ".

Bahawa iman itu terdiri dari 63 cabang. Barangsiapa yang mengumpulkan seluruh cabang iman itu, dia akan menjadi seorang mukmin. Perlu kita perhatikan bahawa Nabi s.a.w. tidak menyentuh cabang lain, akan tetapi baginda hanya menyinggung tentang malu saja.

Nabi s.a.w. bersabda :
" Malu itu mengandungi kebaikan". "Malu itu tidak datang kecuali dengan kebaikan".

" Malu itu sebahagian daripada iman dan iman tempatnya di syurga, sedangkan buruk akhlak itu bahagian dari kekerasan hati dan tempatnya di neraka".

" Malu dan iman kedua-duanya tidak terpisah. Jika salah satu dari kedua-duanya terangkat, maka yang lain pun terangkat".

Subhanllah! beberapa hadis di atas berbicara mengenai:
     Untuk siapakah kebaikan itu ?
     Untuk siapakah iman itu ?
     Untuk siapakah akhlak itu ?

Ternyata semuanya itu untuk orang yang mempunyai perasaan malu ..

Sesungguhnya anda tidak dapat berbakti kepada kedua-dua orang tua anda, bertaubat kepada Allah , melaksanakan ibadah haji , umrah , bersedekah, menjauhi pembohongan atau berkeinginan kuat untuk taat kepada Allah kecuali anda mepunyai rasa malu. Anda malu kepada Allah kerana anda bergelumang dengan dosa, laluu anda malu untuk berjumpa denganNya. Berbaktilah kepada kedua-dua orang tua anda, menghadaplah kepada Allah, bersedekah dan beristiqamahlah !

No comments:

Post a Comment