''Hatiku sanggup mati ditolak insani namun bukan Ilahi. Jiwaku sanggup kosong tanpa kasih insani namu bukan Ilahi. Marilah kita bersama-sama menggapai kasih Ilahi''.

Wednesday, 6 March 2013

Rindu yang menarikan jariku.

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah aku masih lagi diberi pinjam nyawa untuk terus hidup di muka bumi ini. Alhamdulillah. Terima kasih Allah. Subhanallah. Alhamdulillah. Lailaha illallah. Allahu akbar. Segala puji bagiMu. Syukur padaMu. Tiada tuhan selain Allah. Allah Maha Besar.



Entri kali ini aku sendiri keliru untuk apa. Aku cuma. Cuma terlalu rindu pada Mak. Aku terlalu rindu pada Ayah. Aku rindu pada mereka. Aku rindu untuk ketawa bersama mereka. Aku rindu dimarahi mereka. Aku rindu telatah mereka. Aku rindu semuanya.

Aku kehilangan keduanya mungkin pada usia yang muda, pada usia yang aku sendiri tidak pernah sangkakan. Pada waktu aku sendiri masih memerlukan. Pada saat aku sendiri masih kehijauan. Tetapi aku yakin dengan janji Allah, kerana janjiNya tidak pernah salah. Aku yakin semua yang berlaku ada hikmahnya.

Hari berganti hari aku lalui kehidupan dengan tabah. Disamping kakak- kakak dan abang- abang yang menyayangi aku. Aku kuat. Cuma tidak selamanya aku kuat. Tidak selalunya aku akan sentiasa kuat. Ada ketikanya aku lemah. Ada masanya aku jatuh. Ada masanya aku kecundang.

Adakalanya rindu itu datang dengan tiba- tiba. Tidak diundang, tetapi ia datang dengan sendiri. Saat itu aku tidak kuat untuk menahan segala rasa rindu. Aku tidak mampu untuk menolak rasa itu. Aku terlalu rindu. Rindu pada mereka. Rindu pada Mak yang melahirkan. Rindu pada Ayah yang menjagaku. Aku terlalu rindu Mak dan Ayah.

Kehilangan mereka yang terlalu awal, membuat aku berfikir sejenak. Apa jasa yang aku taburkan pada mereka? Apa kebanggaan yang aku pernah bagi pada mereka? Apa kebahagiaan yang pernah aku bagi pada mereka? Seorang anak yang dengar katakah aku? Seorang anak yang baikkah aku? Seorang anak yang solehahkah aku? Aku meninggalkan semua persoalan itu tanpa jawapan dibenakku. Sememangnya sudah terlambat untuk aku sadari semua itu. Ayah dan Mak sudah tiada. Yang ada hanya memori bersama mereka.

Dulu Mak susah mencari wang menjual kuih untuk sekolahkan kami semua. Dulu Ayah susah ke hulu ke hilir kerja untuk biaya kehidupan kami sekeluarga. Hidup mereka susah. Sampai hayatnya tidak dapat merasa kesenangan. Aku terkilan itu. Aku terkilan kerana sampai nyawanya tiada, mereka masih tidak dapat merasa kesenangan.

Seandainyaa Mak dan Ayah masih ada... Tapi aku yakin itu cuma akan menjadi mimpi buat aku. Semoga Mak dan Ayah aman bahagia disana. Semoga Mak dan Ayah sejahtera rohnya disana. Ku titipkan doa dan salam rindu buat mereka.


Ya Allah 
Rindu ini sakit untuk aku.
Rindu ini sangat seksa buat diriku.
Rindu ini sangat melemahkan aku.

Aku mohon padaMu ya Allah,
Lenyapkanlah rindu ini.
Hilangkanlah rindu ini.
Musnahkanlah rindu ini.

Bukan bermakna aku tidak mahu mengingati mereka.
Cuma aku tidak mampu menahan peritnya sakit rindu ini.
Mereka tetap Mak dan Ayahku dunia akhirat.
Mereka tetap ada dalam hatiku buat selamanya.





Kau telah jauh, jauh dariku. Namun harus ku akui ada ketika di minda kau menjelma kembali. Sungguh aku rindu. Dan kadangkala aku terkenang dirimu.

Kepada mereka yang masih mempunyai ibu dan ayah. Buat sesuatu supaya mereka bangga dengan kamu. Buat sesuatu supaya mereka bahagia. Buat sesuatu supaya mereka tidak bersedih. Buat sesuatu supaya mereka tersenyum selalu. Jangan biar terlambat. Peluang kita ada cuma sekali. Ingat, ada sekali je. Kalau ibu ayah kita dah takde, sapa nak jadi ibu ayah kita lagi? Haaa. renung renungkan dan selamat beramal.

Mak dan Ayah,
Impian Mak dan Ayah takkan adik biarkan terkubur. InshaAllah, adik buat sebaik mungkin. Doakan adik. Adik sayang Mak dan Ayah. Sampai bila- bila. 

Al- Fatihah.



2 comments: