''Hatiku sanggup mati ditolak insani namun bukan Ilahi. Jiwaku sanggup kosong tanpa kasih insani namu bukan Ilahi. Marilah kita bersama-sama menggapai kasih Ilahi''.

Monday, 8 April 2013

Mesir Mesir Mesir ;D

Bismillah ..

Assalamualaikum. Setelah sekian lama menyepi, membersih hati, merawat luka, mengubati kecewa, kini aku kembali. Kembali dengan semangat yang baru. Kembali dengan melupakan apa yang berlaku dulu. Kembali dengan iman, hati, dan jiwa yang baru.

Alhamdulillah. Allah beri peluang kepada aku untuk meng'update' bloG. Err tak bestnya ayat, Okay abaikan.
Deyyy -.-

Okay. Entri kali ni nak cerita keinginan aku yang sangat aku nak. Yang sangat aku nak capai. Yang sangat aku nak laksanakan. Ahhh ape ni. Ayat tak menarik ahh malam ni.

Aku teringin sangat nak pergi Mesir. Sangat sangat. Dengar cerita KakHanis, KakHajar, dengan KakYana macam best gilaa. Ya Allah, nak sangat further study kat sana. Dengar kata kata mereka, melihat tingkah mereka, aku rasa aku juga kena pergi belajar sana. Untuk menguatkan lagi iman yang huru hara ni. Untuk menguatkan lagi hati yang berbolak balik ni. Untuk menguatkan lagi jiwa yang mudah berkecai ni.

Aku dapat rasakan kat sana, mesti tenang sungguh. Mesti besttttttt gilaaaaaaaa. Okay, nak sangat belajar sana. Tapi result saya cantik sangat nak apply untuk sambung belajar kat sana. Lagi satu hal, mana den nak caghik duet oiii? Kayo bona den nih nak biayo sumo? Hahaha mahal sungguh lah kos belajar kat sana. Susah sikit ahhh part kewangan ni.

Ahh abaikan kewangan. Yang penting, aku nak belajar sana. Nak sangaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaat. Jadi, usaha aku untuk itu adalah..... apply TIGA PERMOHONAN BERLAINAN AGENSI TAHU? Hahahhaa semoga Allah permudahkan niat aku. Nak sangat menjejakkan kaki di bumi yang penuh barakah tu. Sangat sangat.

Yang baca ni, tolong doakan niat aku sampai ke akhirnya. Inshaaa Allah inshaa Allah inshaa Allah ameen ya Allah. Semoga Allah perkenankan. Buat lah solat hajat untuk kita ya. Hehehe. Kita hendaklah membantu antara satu sama lain. Siang malam tak putus doa nak sambung belajar sana. Semoga Allah berikan yang terbaik. Inshaa Allah.

Okay dah. Macam entah apa apa kan entri kali ni. Tapi tulah yang aku fikir dari lepas result SPM keluar haritu. Mesir. Mesir. Mesir. Wahhh, terbayang suasana mesir yang penuh padang pasir. Wahhh, terbayang untaa. Wahh terbayang pak arab. Wahhh terbayang semuanya.

Ya Allah, semoga impianku tercapai. Semoga niatku kerana Allah. Semoga dipermudahkan segalanya. Ameen inshaAllah.

" Niat itu mengikat hati kita dengan Allah "

SEMOGA TIDAK MUDAH KECEWA ANDAI IMPIAN TIDAK TERCAPAI. SEMOGA ALLAH PERMUDAHKAN SEGALANYA. AMEEN. INSHAA ALLAH.

p/s : Adik adik kakak, kakak sayang awak.

Assalamualaikum.

3 comments:

  1. pergila cecepat sikit....nanty balik boleh belanje seoul garden...haaa jam jgn lupa yee.hahah

    ReplyDelete
  2. Ya Allah menyakitkan hati sungguh komen kau.

    ReplyDelete
  3. baitye awak boleh :)
    InsyaAllah.Akk tuggu awk kat sini :)

    ReplyDelete