''Hatiku sanggup mati ditolak insani namun bukan Ilahi. Jiwaku sanggup kosong tanpa kasih insani namu bukan Ilahi. Marilah kita bersama-sama menggapai kasih Ilahi''.

Wednesday 1 June 2011

mak ..

alhamdulillah aku masih diberi kesempatan dalam meneruskan perjuangan ini. kisah yang bakal ku coretkan ini bukan kisah yang luar biasa. sekadar ingin menambah rasa syukur pada ilahi. moga kisahku ini dapat mendorong kalian supaya lebih menghargai ..

ada diantara kita memanggilnya mama, ada juga ummi ada juga ibu. namun aku memanggilnya mak.. insan yang sangat ku kasihi, insan yang sangat ku cintai . sungguh tulus kasih yang diberikan. aku rindu wajah itu. mak akan memandang tajam saat arahannya dilakukan sambil mengeluh. comel mak ! hehe .. hidup mak penuh dengan senyuman. tidak pernah aku melihatnya menitiskan airmatanya kecuali saat ayah pergi meninggalan kami. hidup mak selalu dengan senyuman. sangat tenang senyuman itu. walau sekejab sahaja bersamanya , hati yang gundah bisa menjadi tenang. hati yang sedih terus menjadi gembira, bahagia.

indahkan saat-saat bersama ibu ? hehe .. saat kecilku sering dimarahinya , lalu hati kecil ini bersedih .. pantang dimarahi, pasti merajuk. itulah aku. biasalah anak bongsu. namun itu hanya pengalaman masa lalu yang boleh aku pelajari untuk masa depanku..

26 NOV 2010

malam itu, berat sungguh hati ingin meninggalkan mak. namun terpaksa kerana esoknya aku ingin mengambil keputusan PMR. sungguh benar-benar berat ingin meninggalkan ibu. akhirnya, kaki melangkah pergi juga dari rumah itu, dengan titisan airmata, tanpa menoleh ke belakang lagi. mak sedang sakit saat itu. habis peperiksaan PMR , aku terus cuti sekolah untuk menjaga ibu, kerana tiada siapa yang boleh menjaganya. abang dan kakak ku semuanya bekerja. sampai di KL , hati mula tidak tentu arah memikirkan mak, namun ku tabahkan jua hati ini. aku berkata sendirian "esok aku harus balik ke rumah lepas ambil keputusan" .

esoknya, kakakku menghantarku ke sekolah .. sekolah tak kalah .. di KL , padahal rumah di negeri 9 . hehe . sampai di sekolah aku ambil keputusan dan saat itu aku tidak kisah apa keputusan yang bakal aku perolehi kerna di fikiranku hanya mak. keputusanku 4A 3B 2C . aku bersyukur andai itu yang aku perolehi. sejurus selepas itu, aku menelefon kakakku untuk mengambilku pulang dari sekolah namun dia kata " malam aku ambil kau dik, esok aku hantar balik n9 sama-sama " aku menolak baik namun akhirnya aku akur dengan ajakannya itu.

kira-kira pukul 7.30 malam itu, kakakku yang lagi seorang, nana namanya call. dia tanya " ic mak ade kat kau ke dik " aku jawab " aah, kenapa? ". lalu kakakku menjawab " aku nak bawak mak hospital ni, badan mak panas, pucat sume " ya Allah , tak dapat ku bayangkan saat itu luluh hatiku mendengarnya namun ku buat seperti tiada apa yang berlaku, kerana di depanku ada teman-teman. aku terus menunaikan solat maghrib namun hatiku tidak tenang memikirkan mak. akhirnya ku ambil keputusan untuk call kakakku,nini. " kak, nana hantar mak pergi hospital, aku nak balik n9 " dan kakakku kata " aku kerja ni dik, esok kita baliklah sama-sama " " tapi mak kat hospital, nana cakap " " tau, kakni pon risau ni, tapi tengah kerja. jab agi kakni ambil kau ..dah nak sampai ni ..". aku pon bersiap-siap untuk pulang ke rumah . sampai di rumah kakak, aku tak berhenti menangis . lepas kak nini hantar aku kat rumah , dia pergi kerja semula. hatiku sangat-sangat risau keadaan ibu. dan akhirnya ku menelefon abang sulungku. " mak masuk hospital tau kan? adik nak balik n9 la, hntar adik boleh? ". " tau tu, aku tak tahu dpt pergi ke tak nnt aku cal kau balik eh dik " "oke". namun hati tidak berhenti berdoa agar mak takde apa-apa..

*maaf, esok ana smbg ye ..ade keje.. insyaAllah ..:)

No comments:

Post a Comment