''Hatiku sanggup mati ditolak insani namun bukan Ilahi. Jiwaku sanggup kosong tanpa kasih insani namu bukan Ilahi. Marilah kita bersama-sama menggapai kasih Ilahi''.

Monday 22 April 2013

Mesir? Dapat! Alhamdulillah ;D

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum. Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana dengan kasih sayangNya aku masih lagi bernyawa, bertahan di atas muka bumi yang penuh liku liku ini. Alhamdulillah. Entri kali ini sangat membahagiakan aku. Ya Allah bahagianya tak terkata. Demi Allah, aku menangis menerima berita gembira ini.

Dulu aku pernah kecewa dengan keputusan SPM yang aku dapat lebih kurang sebulan dua yang lepas. Sangat kecewa. Sering menyendiri. Terasa pedih sungguh apabila menerima keputusan. Hanya Allah yang tahu betapa jatuhnya aku saat itu. Betapa kecewanya aku tika itu.

Tapi itu semua dulu. Sebelum hadirnya kata- kata semangat dari keluarga, sahabat, guru- guru. Kata- kata mereka :


  • Tak semua yang kita inginkan dalam dunia ni, kita akan dapat
  • Allah beri apa yang kita perlu bukan apa yang kita mahu
  • Sekali gagal tidak selamanya kita gagal
  • Rezeki ada di mana mana, cuma kita kena berusaha
  • Jangan merintih, itu yang kita dapat itulah yang terbaik
  • Banyak lagi peluang yang ada kat luar tu
  • Jangan kecewa sangat
  • Walau kita gagal, tapi ingat kita masih ada Quran, pertahankan!

Alhamdulillah. Sedikit sebanyak hati aku terubat. Terubat dari kekecewaan. Walaupun tak banyak, tapi adalah terubat sikit. Lainnya aku serah pada Allah. Aku bersyukur kerana diberi keluarga, sahabat dan guru guru yang sangat memahami. Yang sangat mengambil berat. Alhamdulillah atas kurniaan ini.

Khamis lepas, aku menerima surat tawaran belajar di Mesir. Ya Allah gembiranya hati tidak terkata. Masa tu aku tengah belajar kereta ( 5 bulan ambil lesen tak habis habis lagi ), tetiba sorang pakcik ni call cakaplah dapat tawaran belajar kat Mesir tu. Tapi time tu tak dengar sangat. Aku pon okaylah ( sebab tak dengar apa dia cakap ) nanti saya call balik. Waktu rehat tu aku pon call lah pakcik tu, cakap lah blablablabla malas nak cerita. Yang aku ingat dia kata " Awak dapat tawaran ke Mesir untuk ijazah sarjana muda pergigian dan surgeri di universiti al azhar". Ya Tuhaaan, masa tu hanya Allah yang tahu betapa gembiranya hati aku. Sungguh bahagia. Sungguh gembira tak terkata. Sampai menitis airmata emasku. Hahaha. 

Aku menangis. Tapi taklah semangat sangat. Cuma menangis kegembiraan. Akhirnya apa yang aku inginkan tercapai. Doa doa aku, doa doa korang, doa doa kalian, doa doa mereka, doa doa dia, doa doa kita termakbul. Ameen ya Allah. Aku sangat bersyukur.

Orang pertama yang aku bagitahu aku dapat ni, si Laila. Aku taktahu lah kenapa kena bagitahu dia. Padahal mahal tu satu msg nak hantar ke Abu Dhabi sana. Hahaha. Tapi dia balas. Ayat dia, pehhh nak menyentap sanubari. Aku taknak lah tulis kat sini. Nanti dia malu. Hahaha nak tahu? Jab.

MASHAALLAH! Alhamdulillah Baity! Rezeki kau :') jadi medic ke dentistry? Seronoknya! Aku nak mintak parents aku pergi egypt lepak dengan kau lah nanti. Haa. Ayah aku kata aku dah besar, boleh travel sorang haha syoknyaaa! Aku happy gilak jugak! Seronok aku! Hahahaha aku bahagia untuk kau sekali! Aku baru je tanya5 kat ustaz kat azhar kalau result kau nak masuk boleh ke tak, dye kata boleh, dye baru nak tolong tapi kau dah dapat dulu. Alhamdulillah! Aku sayang kau tahap gilak!!! <33333

Itulah msg si Laila. Aku tak tahu kenapa aku menangis bila msg ni. Nak kata sentap, sikit tu adalah. Tapi aku nak menangis semangat sangat tu tak tahu kenapa. Terbawak bawak yang menangis kegembiraan tadi tu kot. Hahahaha tapi msg ni aku tak balas. Sebab kredit takda. Lupa nak topup -__- Hahaha. Si Laila ni macam, macam apa ahh nak kata? Aku sendiri taktahu nak kata apa. Hahaha tapi ilham mungkin tahu nak kata apa. Kbai.

Sekarang masih dalam proses berbincang dengan adik beradik makcik pakcik sepupu sepapat adik angkat abang angkat semua dulu. Mak Ayah takda. Kalau diorang masih ada, mesti diorang happy dapat tahu aku dapat belajar kat Mesir. Aku jamin seratus peratus. Tapi nak buat cemana, Allah lebih sayangkan mereka. Mak Ayah, bilamana kaki adik jejak di bumi barakah itu. Adik janji Adik akan berusaha sehabis baik. Adik akan ubah nasib keluarga. Itu janji Adik. Okay. Stop crying. Tulah. Dalam proses ni nampak macam dah ada greenlight untuk aku pergi sana. Semoga dipermudahkan urusan untuk pergi ke sana. InshaAllah ada rezeki aku kat sana. Kalau tak masakan surat tawaran tu sampai. InshaAllah semoga ameen ya Allah. Hanya padaMu aku berserah. Ameen ya Allah. InshaAllah. Kalian doakan saya. Walaupun tak banyak, i mean tak ramai. Tapi doa serta keikhlasan itu yang aku harapkan. Semoga kalian yang mendoakan, diberkati oleh Allah. InshaAllah. Terima kasih kerana mendoakan.

Itulah yang aku nak ceritakan. Berita yang sangat menggembirakan hati aku. Dapat tawaran melanjutkan pelajaran di Mesir. Impian yang selama ni memang aku nak sangat- sangat. Telah dimakbulkan Allah. Terima kasih Allah. Tak ternilai nikmat yang Engkau berikan. Alhamdulillah.

Selepas hujan, Allah akan hadirkan pelangi.

" Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal ia baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui " - Albaqarah ayat 216 -

Setiap ujian ada hikmah disebaliknya. Cuma tidak tahu bila hikmahnya kita akan nampak. Jangan biarkan hati mudah merasa kecewa.

Aturan Allah tidak pernah sia- sia. Menjadi manusia pilihan Allah sudah cukup menggembirakan hatiku. Alhamdulillah.

Alhamdulillah. Setakat ini sahaja entri untuk kali ini. Jika ada kelapangan, kesempatan inshaAllah entri seterusnya akan muncul. InshaAllah. Terima kasih atas doanya. Terima kasih atas sokongannya. Terima kasih atas dorongannya. Terima kasih atas semangatnya. Terima kasih atas pertolongannya. Terima kasih.

p/s : Aku sayang KakNana, KakNini, Papa, Akil, Abang Ijab, Abang Adi.
p/s : Lagi aku sayang sangat Mak dan Ayah, abang Deqwan.

Assalamualaikum.










1 comment: