''Hatiku sanggup mati ditolak insani namun bukan Ilahi. Jiwaku sanggup kosong tanpa kasih insani namu bukan Ilahi. Marilah kita bersama-sama menggapai kasih Ilahi''.

Tuesday 7 June 2011

kisah sorang abang dan adik kesayangannya ..

Ini kisah seorang abang sulung yang baik,  dan dia sangat menyayangi adiknya.... 

"Abang sulung" ini adalah seorang anak yatim yang diambil dan bersama dengan satu keluarga angkat....
Dia diambil kerana keluarga itu mempunyai seorang sahaja anak perempuan...
Anak perempuannya kini sudah berusia 17 tahun...
Keluarga itu dulunya mempunyai pembantu rumah, tetapi dia berubah pendapat dan mengambil anak lelaki ini sebagai anak sulung mereka dan abang kepada anak perempuan mereka, kerana mereka yakin seorang anak lelaki ini akan menjaga anak perempuan mereka dengan lebih teratur...
Anak lelaki ini teruja, dan dia mengambil tanggungjawab ini dengan tenang dan gembira... 
Sekarang dia telah mempunyai seorang adik perempuan, dan tidak begitu rapat dengan adiknya...
Kisahnya kerana anak perempuan itu tidak terjaga dari kecil kerana keluarga itu selalu sibuk dengan kerjaya mereka....
Setelah seorang "abang" diambil di dalam keluarganya....
Budak perempuan itu tidak seronok kerana terasa seperti diganggu...
Tetapi walau bagaimana perasaan dan perangai adik perempuan itu, Dia tetap lalui dengan tabah dan gembira....

"Di hari pertama bersama keluarga...
Pada pertama kali, aku keluar ke KUALA LUMPUR bersama adik perempuanku, dia ingin membeli barang, berbagai jenis barang perhiasan yang ingin dibelinya, dan tiba-tiba dia meminta anak patung besar yang beratus ringgit nilainya, aku terdiam dan bertanya kepadanya sekali lagi, riak wajahnya berubah dan berdiam diri...."
Walau dia menganggap aku seperti 'penjaga' sahaja, aku tetap memberinya dengan gembira....
Kerana bagi aku nilai adikku jauh lebih mahal dari segala barang yang diminta....

"Hari cuti umum tiba...
Aku diberi permintaan dari adikku untuk menghantar dia ke bandar, atas alasan ingin keluar bersama kawan-kawan.... Aku menghantar adikku dan berpesan supaya menjaga dirinya diluar sana, dia tidak memberi sebarang tindak balas, tetapi aku terus tersenyum... Sehingga tepat jam 6 petang dia menelefon aku supaya mengambil dia pulang... Dia bersuara tegas, dan menyuruh aku supaya cepat mengambilnya atas alasan risau jikalau jalan raya sesak dan lewat pulang ke rumah..."
Walau dia menganggap aku seperti 'driver'  sahaja, aku tetap tersenyum mengambil adikku sehingga pulang ke rumah....
Kerana aku lebih suka melihat adikku gembira kerana itu akan membuatkan aku tenang...

"Setelah sekian lama bersama...
Di suatu hari aku disuruh keluargaku menemani adikku keluar melakukan aktiviti di Gunung Pulai, Johor... Aku disuruh kerana keluargaku risau akan kelakuan orang luar terhadap adikku... Aku bertanya waktu dan tarikhnya kerana aku takut jikalau aku tidak mempunyai masa kerana sibuk melakukan kerja penting di kolejku ini..... Setelah diberitahu, aku melihat jadual dan aku tidak mempunyai sebarang aktiviti penting, aku bersetuju menemani adikku, tetapi dia memarahi Ibu kerana dia tidak suka aku mengganggu dia di luar, atas alasan malu dengan kawan dan terasa seperti terlalu terkawal... Aku kasihan melihat Ibu dan Ayah yang memberikan riak wajah yang muram... Akhirnya, aku memberitahu adikku, 'baiklah, abang hanya akan menemani adik kesana, tetapi abang tidak akan mengganggu dan dekat dengan adik sehingga hari terakhir ya...' dia bermasam muka dan terus menyembunyikan dirinya di dalam bilik, Ibu menunjukkan riak wajah yang Ibu sangat risau...
Aku memujuk Ibu supaya tidak perlu takut kerana aku akan menjaga adikku dengan sebaik mungkin, Ibu gembira dengan kata-kataku dan riak wajah Ibu berubah menjadi biasa...."
Walau aku dihalau jauh dari adikku dan tidak dibenarkan dekat dengannya, tetapi hatinya sentiasa dekat dan berada didalam hatiku....
Kerana aku lebih menyayangi adikku lebih daripada barang perhiasan diriku...

"Tiba hari untuk bertolak...
Setelah bergerak ke destinasi, aku menunaikan apa sahaja arahan dari adikku, sehingga suatu petang, adikku bersama kawan-kawan sedang bergembira di dalam hutan, aku mengekori jejak langkah mereka dengan senyap... Mereka kelihatan gembira bergurau, sehingga tiba waktu petang mereka berehat... Aku yakin bahawa mereka selamat, aku ingin pulang ke rumah tumpanganku, tetapi aku terdengar kawan-kawan adikku ini bertanya tentang perasaan adikku terhadap aku setelah aku masuk kedalam keluarganya... Dia menjawab 'abang aku itu ok sajalah, kadang-kadang aku bosan dengan dia, buat kerja tak betul, aku suruh buat satu kerja pun lambat, (mengeluh) kenapalah aku dapat abang yang teramat nerd tu ya...??'
Aku mendengar dari jauh, dan terdiam diatas segala kata-kata adikku itu...."
walau terasa dihina aku tetap tabahkan hati menjaga adikku...
Kerana aku tahu aku ini tidak bernilai baginya, tetapi adikku amat bernilai bagiku...

"Malam kian menjelma....
Mereka dengan gembira ingin bertolak asrama mereka, dan dalam pergerakan pulang, mereka ternampak aku sedang tidur dibawah pokok... Adikku begitu marah dan mengejut aku dari tidur.... Adikku berkata kepada kawan-kawannya yang aku datang untuk mengintai mereka semua dan bermacam lagi, aku terperanjat atas rekaan cerita adikku dan hinaan yang teruk ke atasku... Aku terdiam, aku ditolak dan kepalaku berdarah kerana terhantuk dikayu besar, kepalaku terasa pedih dan pening, aku diberi arahan dari adikku supaya meninggalkan mereka sendirian, mereka pergi tinggalkan aku, dalam keadaan pening dan luka, aku terlihat ada seekor ular besar diatas dahan yang berhampiran dengan adikku, aku suruh mereka ketepi, tetapi kata-kataku itu sedikit pun tidak dilayan...
Aku bergegas berlari mengejar adikku, setelah aku menolak adikku ketepi, dan dia terjatuh bersama kawan-kawannya... Dia menjerit dan berkata 'hoi! kau gila ke, sakit kau tahu tak!'
 Beberapa saat selepas itu, ular itu jatuh dan mematuk di pergelangan lenganku.... Aku terus pengsan dan luka berdarah, adikku menjerit terkejut dan terus menyuruh kawan-kawannya memanggil penjaga kawasan itu supaya mengangkatku ke hospital..."
Walau aku terpaksa melukakan diriku untuk menyelamatkan adikku, aku tetap tabah lakukannya...
Kerana seorang adik itu adalah satu anugerah dari tuhan untuk menceriakan kita sekeluarga....

"Di akhir waktu...
Aku berada didalam keadaan sakit teruk didalam hospital, adikku menangis kesedihan dengan perbuatannya terhadapku, dia tersandar dan terdiam diluar, dia terasa amat berdosa kerana membiarkan abangnya selama, menyeksa abangnya dan tidak menghiraukan abangnya selama mereka bersama... Setelah itu semua berlaku, dia baru mengetahui segala apa yang aku lakukan selama ini adalah untuk menjaga, melindungi dirinya dan kerana aku sayangkan dia seperti adik kandungku sendiri.... Dia terus bersedih kerana risau akan dosa yang dilakukan terhadapku...
Bagaimanapun aku tetap tersenyum, kerana dapat melihat adikku berada dalam keadaan sihat dan tiada sebarang kelukaan dibadannya...."
Walau apa sekali aku lakukan, aku tetap meningati adikku, walau apa sekalipun dosa yang dilakukan, aku tetap maafkan kerana aku percaya dia akan berubah suatu hari nanti... Kerana dialah yang akan memberi aku menumpang gembira, berkongsi cerita, pendapat dan pengalaman....
Kerana aku seorang abang dan aku perlu lakukan tanggungjawab sebagai seorang abang....

<span>ABANG SAYANGKAN KAMU SEMUA ='</span>)
Dicipta dari seorang lelaki pakar,
~ Azfar a.k.a Zack ~

*dicipta oleh seorang abang yang memang abang .. :)

No comments:

Post a Comment