''Hatiku sanggup mati ditolak insani namun bukan Ilahi. Jiwaku sanggup kosong tanpa kasih insani namu bukan Ilahi. Marilah kita bersama-sama menggapai kasih Ilahi''.

Wednesday 1 June 2011

wAhai LelAki ..

 dulu,
bila disebut lelaki
wanitanya mendongak megah
lelaki kami Saifulah, Asadullah
tokoh ramai tidak terkira..

kini,
bila diebut lelaki
wanitanya menunduk lemah
tokoh kami sedikit sekali
ramainya boneka yahudi..

dulu,
bila disebut lelaki
wanitanya tenang dihati
lelaki kami menjaga,melindungi

kini,
bila disebut lelaki
wanitanya mahu cabut lari
lelaki khianat mengkhianati..

dulu,
bila wanita di bawah jagaannya
lelaki memagari sehabis daya
tiada siapa berani menggoda..

kini,
bila wanita di bawah jagaannya
lelaki tidak kisah auratnya terbuka
wanitanya di biar bebas binasa..

dulu,
lelaki menngadai harta dan nyawa
untuk mengangkat kemuliaan agama..

kini,
lelaki menggadai ketinggian agama
demi nafsu,dunia dan seisinya..

dulu,
lelaki bermatian mencipta sejarah
kental berjihad, tekun berdakwah..

kini,lelaki hanya menyanjungi sejarah
diri bermalasan, tanaga tidak dikerah..

dulu,
lelaki memperjuangkan ad deen dan ummah
Al-farouq zunnurain mati terbunuh..

kini,
lelaki memperjuangkan diri dan kroninya
hingga sanggup membunuh..

dulu,
lelaki bersatu menghadapi musuh
angkatannya kuat dan teguh

kini,
lelakinya berpuak dan berpecah
sesama sendiri sering bertelagah..

kembalilah lelaki..
kami rindukan lelaki kami yang dahulu..
kembalilah..

*dulu bnde ni pnah letak kt board blkg kelas ..:)

No comments:

Post a Comment